CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9389|Reply: 35

[Tempatan] Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 12:41 AM

Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJOlehMUHAMMAD AFHAM RAMLI

16 April 2024 10:50amMasa membaca: 4 minit







SHAH ALAM - Tindakan segelintir pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membentangkan tilam mahu pun toto di bahagian penumpang belakang terutama yang berkeluarga semasa kenderaan bergerak adalah satu kesalahan dan mengundang bahaya.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.

"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak.

Tambahan pula, bermula Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak dengan berat kurang daripada 36 kilogram atau ketinggian kurang daripada 136 sentimeter atau berumur kurang 12 tahun dikehendaki memakai kerusi keselamatan kanak-kanak ketika kenderaan bergerak.

Jelasnya, peraturan-peraturan itu dikuatkuasakan bagi mengurangkan impak dan menjamin keselamatan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Pada Isnin, tular gambar memaparkan kanak-kanak dalam sebuah MPV yang baring dengan beralaskan toto di bahagian penumpang belakang.

Berikutan itu, seorang individu telah membuat ulasan di media sosial X bahawa pendidikan keselamatan pengguna jalan raya masih di tahap rendah.

Dakwa pemilik akaun X Hezeri Samsuri, ibu bapa boleh dikenakan saman dan penjara jika berlaku kemalangan hingga akibatkan kematian kerana kelalaian itu.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2024 05:01 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 01:59 AM

Ibu bapa yang bodoh sampai seperti ini pun ada ye? Apa nak jadilah memang tak boleh berfikir.
Jadi tidak hairanlah apabila ada pemandu gila di jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow sakan siap bentang tilam cenggitu. Selesa ke nak tido anak2 tu, dengan takde pakai seat belt, lepas tu dengan terhentak tergerak ke sini sana,

Kan elok guna child car seat tu, beli yang buleh adjust, yang ada recline system tu, kalau anak nak.tido kasi.adjust terlentang sikit ke belakang, lepas tu kalau taknak.tido dah betulkan balik kerusi tu kasik menegak. Iols buat gitu je kat anak iols. Antor dia pi.balik.sekolah pun iols kasik bubuh dia kat car seat. Kalau tak.dia kacau iols nak.drive.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada beberapa kawan iols, diorang install baby car seat kat kerusi penumpang hadapan ye. Iols tengok macam eh buleh pulak camni. Bukan kena pasang kat area belakang ke? Bila iols tanya, katanya senang nak handle anak bila drive. Bila pasang kat belakang, anak nangis2 la, baling2 mainan la. Iols pun hmm aje la. Sebab iols pun sama alami macam tu kalau anak iols buat perangai time iols drive. Sampai dibaling botol air la, tupperware biskut la, kena iols kat depan. Kadang geram sangat iols jerkah aje lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2024 06:16 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 20-4-2024 02:02 AM
Tapi ada beberapa kawan iols, diorang install baby car seat kat kerusi penumpang hadapan ye. Iols te ...

Setengah kereta memang boleh letak di hadapan tapi pastikan offkan airbag,  jika kereta yang tiada pilihan untuk switch on off airbag tu tak boleh letak baby di kerusi hadapan penumpang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah itu anak2 diorang. Mati sorang ramai lagi sperma tu boleh dilepaskn. Lg pun diorg lagi suka sb nanti anak2 tu blh jadi tiket ekspress ke syurga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bahaya bila ada kemalangan bkn sbb bentang tilam. Kalo x bentang tilam pun ada kenderaan berat drive mcm F1 bahaya jgk
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 06:32 PM | Show all posts


Contohhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 06:33 PM | Show all posts
Ingat ni caravan ker kat negara kokesen sana siap bentang tilam bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2024 06:16 PM
Setengah kereta memang boleh letak di hadapan tapi pastikan offkan airbag,  jika kereta yang tiada ...

Ohh iols tak tahu pun buleh on off airbag. Ada button kat mana2 ke? Ke ikut jenis keter jugak. Mungkin keter model baru2 ni ada kot function tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-4-2024 06:32 PM
Contohhh...

Giler betul. Dah la tak pakai seat belt. Lepas tu udah kenapa yang bawak keter menonong tepi gigi air pantai tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 20-4-2024 06:33 PM
Ingat ni caravan ker kat negara kokesen sana siap bentang tilam bagai?

caravan,campervan, rv pun time bergerak wajib duduk kat seat pakai belt.
pelik2 laa ummah malaya ni kalau berinovasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2024 09:42 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 20-4-2024 05:27 AM
Ohh iols tak tahu pun buleh on off airbag. Ada button kat mana2 ke? Ke ikut jenis keter jugak. Mun ...

Setengah kereta ada dan setengah kereta tak ada switch tu. Cuba Google 'airbag switch'
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 20-4-2024 09:30 PM
Giler betul. Dah la tak pakai seat belt. Lepas tu udah kenapa yang bawak keter menonong tepi gigi  ...

Orang ereb kalu pegang stereng memang huru-hara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 lg dah ada masa zaman nissan vanette mendunia
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2024 06:16 PM
Setengah kereta memang boleh letak di hadapan tapi pastikan offkan airbag,  jika kereta yang tiada ...

Bahayanya off kan airbag, kot2 terlupa nk on blk bila eksiden x ke naya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis balik klate jem hari raya 19jam ni hahah
Tkat travel sejam dua takdenya nk pasang lgu ni
Meols tak pernah lagi jem lama2 atas jln
Cmne eh perasaan dduk kt dlm keta 15-16 jam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 20-4-2024 09:42 PM
Setengah kereta ada dan setengah kereta tak ada switch tu. Cuba Google 'airbag switch'

Ok iols tengok. Thanks for info.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 20-4-2024 10:04 PM
dulu2 lg dah ada masa zaman nissan vanette mendunia

Hahah uols sebut ni baru iols teringat.

Dulu2 waktu iols sekolah rendah lagi, ada orang kampung ni ajak arwah mak iols dengan beberapa lagi la jiran2 terdekat ni pergi kenduri kawin sapa ntah tak ingat dah iols. Pokcik yang ajak tu ada van nissan vanette tu la. Iols ingat lagi seat bahagian tengah dengan belakang sekali tu takde dalam van. So tinggal seat depan sahaja. Yang belakang tu kosong just hampar tikar kot tak ingat dah. Yang pastinya, kami beramai2 pakat duduk bersila menghadap satu sama lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2024 01:38 AM | Show all posts
Firenzza replied at 20-4-2024 06:10 AM
Bahayanya off kan airbag, kot2 terlupa nk on blk bila eksiden x ke naya

Ini untuk seat penumpang hadapan sebelah kiri aja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.339652 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list