CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9671|Reply: 0

[Perlis] YTSP Perlis biaya 8 pelajar lanjut pelajaran di Penang Free School

[Copy link]
Post time 20-4-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Penang Free School (PFS) adalah sekolah aliran bahasa Inggeris tertua di Malaysia dan Asia Tenggara. - NSTP

KANGAR: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis memperuntukkan RM108,000 bagi membiayai lapan pelajar Tingkatan Satu dari negeri itu yang terpilih melanjutkan pelajaran di Penang Free School (PFS) bagi sesi persekolahan 2024 yang akan bermula Isnin depan.

YTSP Perlis dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan itu merangkumi pembiayaan kos pengajian dan kelengkapan sekolah mereka sepanjang tempoh lima tahun proses pembelajaran pelajar berkenaan di PFS.

"Pelajar yang telah disenarai pendek ini akan menjalani persekolahan mereka bermula tingkatan satu hingga lima di bawah Program Khas Biasiswa YTSP Perlis," menurut kenyataan itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan biasiswa kepada pelajar sambil disaksikan ibu bapa dan penjaga pelajar di Galeri Diraja Arau pada Khamis lalu.


Pelajar terpilih ialah Ku Muhammad Adam Hakim, Mifzal Rizqin Mohd Reza, Muhammad Ameer Safwan Mohd Shahril Azuan, Firadz Rifqi Mohd Rusli, Muhammad Khairil Iqbal Abdullah, Mikhail Noh Midzar Hamidzar, Muhamad Ezikrisyah Zinual dan Akmal Hafizi Azli Afesham.

Kenyataan itu memaklumkan program berkenaan antara inisiatif YTSP Perlis bagi membuka peluang baharu kepada pelajar terutamanya anak jati Perlis menimba ilmu di satu peringkat lebih tinggi dengan pendedahan sosial yang berbeza dan secara tidak langsung membina jati diri yang mampan.

"PFS mempunyai kesinambungan perhubungan dengan negeri Perlis sejak sekian lama kerana tiga generasi pemerintahan Jamalullail adalah alumni pelajar sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra, Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Syed Faizuddin Putra setakat ini," menurut kenyataan itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -penang-free-school

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043566 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list