CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5724|Reply: 0

[Selangor] Hakisan tanah semula punca kekeruhan di muka sauk LRA Wangsa Maju

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau keadaan Sungai Pasir selepas mengesan kadar kekeruhan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju, semalam. FOTO IHSAN FB LUAS

Shah Alam: Hakisan tanah semula jadi di kawasan hutan simpan susulan kadar hujan yang tinggi dipercayai menjadi punca kekeruhan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata, terdahulu pihaknya mengesan kekeruhan melebihi 400 NTU kira-kira jam 4 petang.

Susulan itu, operasi muka sauk LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara sebagai langkah kawalan.

"Bagaimanapun, tiada gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju yang mana pembekalan air mentah diaktifkan terus daripada Empangan Klang Gates ke loji berkenaan.


"Tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara muka sauk berkenaan juga dilaporkan oleh pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, semalam.

Luas berkata, pihaknya segera melakukan pemerhatian di lapangan dan hasil semakan mendapati permasalahan kekeruhan adalah daripada aliran Sungai Pasir.

"Siasatan lanjut dengan menyusuri sungai mendapati ianya berpunca daripada kawasan hutan simpan Hulu Gombak.

"Luas akan menjalankan tindakan siasatan dan pemantauan susulan bagi punca-punca lain yang berpotensi seperti aktiviti kerja tanah di hulu muka sauk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... auk-lra-wangsa-maju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.278473 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list