CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5934|Reply: 0

[Selangor] ‘Abang bikers’ anjur solat subuh di Masjid Al-Raudhah

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Antara jemaah yang menghadiri solat Subuh di Masjid Ar Raudhah, Tanjong Karang, pagi ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Lebih 500 jemaah hadir menunaikan solat subuh dan mengimarahkan Masjid Ar Raudhah, Tanjong Karang di sini, pagi ini.

Nazir masjid itu, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin berkata, jumlah itu menunjukkan satu perkembangan positif susulan penganjuran kempen Solat Subuh Macam Jumaat.

Jelas bekas Mufti Melaka itu, pihaknya bersyukur penganjuran program julung kali anjuran bersama Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) berkenaan menerima sambutan menggalakkan.

“Biarpun ia tidak menyamai jemaah solat Jumaat iaitu 800 orang, ia mencatatkan anjakan dalam mengimarahkan lagi masjid ini.

“Kerjasama antara ahli kariah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini dianggap signifikan kerana solat berjemaah termasuk subuh penting seperti disarankan junjungan Rasulullah S.A.W;” katanya ketika ditemui di masjid itu pagi ini.

Selain 100 ahli SAM Selangor, solat subuh dan tazkirah itu turut Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ahli jawatankuasa masjid disaran mempelbagaikan aktiviti bagi mengimarahkan masjid supaya gelombang Solat Subuh Macam Jumaat tidak terhenti begitu sahaja. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -masjid-al-raudhah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061583 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list