CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7332|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Haji Badar pakar pantun sudah tiada

[Copy link]
Post time 20-4-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai dan sukarelawan Mapim mengusung jenazah Allahyarham Badarudin di Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam. FOTO Ihsan pembaca.

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, ramai yang datang menziarahi jenazah arwah ayah. Mungkin kerana sikap peduli ummah dia sebelum ini, ramai yang iring sehingga ke tanah perkuburan.

"Selepas ini, tiada lagi sapaan pantun setiap kali berjumpa sesiapa saja yang menjadi 'trademark' dia sejak dulu lagi. Terima kasih semua yang mendoakan," kata Muhamad Faris Badarudin.

Ayahnya yang juga aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Allahyarham Badarudin Dawam, 67, meninggal dunia kira-kira jam 9.50 pagi semalam di Institut Kanser Negara selepas menderita kanser paru-paru sejak empat tahun lalu.

Allahyarham yang cukup dikenali sebagai Pak Cik Pantun kerana kebolehannya berpantun meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak, juga adalah pembantu khas kepada Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.


Muhamad Faris berkata, bapanya yang disifatkan sebagai sangat kuat bekerja itu dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak 2020 dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

''Rabu lalu, ayah hadir ke sambutan Aidilfitri Pejabat Presiden Mapim di Bukit Jelutong. Nampak dia semakin sihat selepas dirawat di hospital baru-baru ini.

"Kelmarin, dia meminta saya menghantarnya ke IKN dan keadaannya semakin teruk sehinggalah disahkan meninggal dunia. Kami sekeluarga reda. Ramai yang sayang dengan arwah ayah," katanya.

Menurutnya, arwah ayahnya yang juga bekas nazir Masjid Al Ehsan Seksyen 24, Shah Alam sangat suka membantu masyarakat dan orang yang memerlukan dan itu akan menjadi azimat kepadanya yang kini turut aktif bersama Mapim sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kenangan pantun 'good morning' arwah ayahnya selain semua pesanan mengenai kebaikan dalam kehidupan akan sentiasa dikenang .

Terdahulu jenazah bapanya disembahyangkan di masjid berkenaan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, petang kelmarin.

Hadir menziarahi Allahyarham termasuklah Mohd Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, kepetahan Badarudin yang menggunakan pantun dalam urusan seharian menarik perhatian banyak pihak.

Masakan tidak, dia akan berpantun hampir dalam semua urusan baik di pasar mahu pun acara rasmi yang dihadirinya.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, pemergian Badarudin yang lebih dikenali dengan Haji Badar amat dirasai keluarga Mapim kerana komitmen ditunjukkan selama ini.

"Kita berasa sedih dengan kehilangan ini. Beliau pergi pada hari Jumaat di bulan yang baik dan dalam semangat untuk ummah.

"Saya beberapa kali bersama dengan Allahyarham ke Aceh , Cox Bazar, Gaza Zamboanga serta Thailand. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pantun-sudah-tiada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.262692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list