CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7297|Reply: 2

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia

[Copy link]
Post time 20-4-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak Alllahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif.


“Saya, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi sekitar pukul 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” katanya.


Difahamkan jenazah kini berada di kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam sehingga pukul 10 pagi untuk urusan ziarah.


“Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.


“Maklumat urusan pengebumian akan diberi kemudian,” katanya.


Terdahulu, Tun Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.


Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.


Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan kemudiannya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.


Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa byk topik ko nak dublicate ni bahlol!!! ??
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.240515 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list