CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8487|Reply: 0

[Sabah] MTPN Sabah Penampang laksana kempen derma darah

[Copy link]
Post time 20-4-2024 07:50 AM | Show all posts |Read mode


HADIR BERAMAI-RAMAI: Pelbagai hadiah akan diberikan kepada penderma darah.

KOTA KINABALU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Cawangan Penampang akan melaksanakan Kempen Derma Darah 2024.

Acara akan diadakan pada 21 April ini di Tingkat 2 (bersebelahan Tong's), pusat beli belah ITCC pada Jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Acara itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Salah satu acara utama adalah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A (4 sehingga 8 tahun) dan Kategori B (9 sehingga 12 tahun).

Semua ibu bapa dijemput membawa anak masing-masing untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan menunjukkan bakat kreatif mereka.

Selain itu, ceramah yang bertopik Talasemia juga akan diadakan pada jam 2 petang, merupakan salah satu acara penting dalam kempen derma darah ini, Ia bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang talasemia.

Selain itu, penganjur juga menyediakan pelbagai cenderamata kepada penderma darah yang turut serta dalam kempen ini.

Setiap sumbangan darah, anda akan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mendapat rawatan yang diperlukan.

Kehadiran anda semua amat bermakna dan dialu-alukan bagi memeriahkan lagi kempen ini.

Sertai kami dalam usaha menyokong dan membantu dalam kegiatan derma darah dan bersama-sama kita buat perbezaan dalam komuniti kita.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.508378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list