CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9877|Reply: 6

[Tempatan] Umum RM5.2 juta menjelang PRK KKB, kerajaan digesa henti amalan tak beretika. #3, Hentikan umum peruntukan menjelang PRK, kata BERSIH

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-4-2024 03:22 AM

Umum RM5.2 juta menjelang PRK KKB, kerajaan digesa henti amalan tak beretika

https://www.freemalaysiatoday.co ... malan-tak-beretika/

FMT Reporters
19 Apr 2024, 09:45 AM

Semalam, Nga Kor Ming (baju putih) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk menjalankan program Sentuhan Kasih di daerah itu.

Jawatankuasa pemandu Bersih juga mendakwa menteri perumahan dan kerajaan tempatan cuba membeli undi dengan menyeru penduduk balik kampung mengundi parti ‘baik, prihatin dan progresif’.

PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih membidas pengumuman peruntukan RM5.21 juta untuk pembangunan di Hulu Selangor oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelang PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Jawatankuasa pemandunya turut mendakwa naib pengerusi DAP itu cuba membeli undi dengan menyeru penduduk balik kampung mengundi parti “baik, prihatin dan progresif”, tanpa menamakan parti politik itu.

Menurutnya, peruntukan itu dilihat melanggar prinsip “tidak berkempen” yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik.

“Tindakan ini juga boleh dianggap usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh tidak wajar kerajaan terhadap pengundi KKB yang bakal membuang undi pada 11 Mei.

“Bersih menggesa kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang sama rata dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan sambil menyuarakan kebimbangan tindakan itu akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap proses demokrasi.

Semalam, Nga menafikan peruntukan RM5.21 juta untuk pembangunan Hulu Selangor melalui program Sentuhan Kasih mempunyai kaitan dengan PRK Kuala Kubu Baharu.

“Bukan kerana semata-mata PRK Kuala Kubu Baharu, kita pilih kawasan ini kerana tempat bertuah. Feng Shui ‘ong’, ini tempat baik. Lawatan pertama kena tempat bertuah.

“Bagaimanapun, Sabtu depan hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu, sebagai rakyat cintakan negara, saya menyeru semua penduduk balik kampung ziarah keluarga dan undi parti baik, prihatin, progresif. Faham-fahamlah,” katanya semalam.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu, yang mempertahankan kerusi itu buat penggal ketiga, dengan majoriti 4,119 undi pada PRN Selangor Ogos tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 11:10 AM | Show all posts
duit peruntukan tu betul2 guna utk pembangunan tmpt tu tak pe lagi
ni tak...
sebelum smpi ke bawah dh bedak2 pulak
hujung2 berapa duit je smpi
pahtu kata la x cukup bajet
so smpi sekian2 je yg boleh buat
tak fully spt planning asal

choiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 11:21 AM | Show all posts
Hentikan umum peruntukan menjelang PRK - BERSIH

https://www.bharian.com.my/berit ... enjelang-prk-bersih

Oleh Rohaniza Idris - April 19, 2024 @ 10:44am
roha@bh.com.my


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas tindakan pengumuman penyaluran RM5.21 juta kepada penduduk di daerah Hulu Selangor menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang disifatkan melanggar garis panduan mengenai pilihan raya yang bersih.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, pengumuman itu melanggar garis panduan Larangan 3C - tidak bersyarat, tidak berkempen dan tidak bawa calon yang telah digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government), seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks PRK.

Katanya, peruntukan khusus kepada Kuala Kubu Bharu itu juga melanggar prinsip 'tidak berkempen' yang mengaitkan peruntukan kerajaan dengan sokongan politik.

"Tindakan ini juga boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dan menggunakan pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu yang akan mengundi 11 Mei depan.

"BERSIH mengambil serius pengumuman menjelang PRK DUN Kuala Kubu Bharu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

"Seperti dilaporkan media, Nga Kor Ming turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang 'baik, prihatin, progresif' walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kor Ming mengumumkan kementerian sudah memperuntukkan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah kelolaannya, untuk kesejahteraan penduduk sekitar Hulu Selangor.

Beliau berkata peruntukan itu membabitkan 14 projek bernilai RM4.82 juta yang akan dilaksanakan oleh MPHS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui MPHS, manakala RM664,000 disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor.

Justeru, BERSIH menggesa kerajaan menghentikan amalan yang didakwa tidak beretika yang bercanggah dengan prinsip 'perlawanan politik atas padang yang sama rata' dalam pilihan raya.

"BERSIH melihat pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya bersih dan adil oleh parti Kerajaan Madani sendiri dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini, akan terus menghakis keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini.

"Sekali lagi BERSIH menegaskan supaya diwujudkan sebuah garis panduan yang menyeluruh terkait etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen/DUN atau kekosongan kerusi, untuk dikanunkan sebagai undang-undang.

"Ini supaya tidak berlaku salah guna sumber kerajaan dalam sebarang pengumuman peruntukan dan dasar kerajaan yang diamanahkan rakyat," katanya.

BERSIH menegaskan mereka akan terus komited dan konsisten tanpa gentar dan berpihak kepada mana-mana parti politik dalam memantau penjalanan pilihan raya di negara ini termasuk di PRK KKB tidak lama lagi.

"BERSIH juga akan menghantar Pemantau Pilihan Raya ke PRK Kuala Kubu Bharu bagi memantau keseluruhan proses pilihan raya agar tidak berlaku pelanggaran apa bentuk kesalahan pilihan raya serta proses berlaku dengan penuh adil dan bersih," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 yg claim terpaling berintegriti bila jerit2 kempen PRU level babi terbang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:07 AM | Show all posts
tak nak umum sebab?????..nak sorok kesongsangan eh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:10 AM | Show all posts
"SAYA ULAM"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2024 09:13 AM | Show all posts
Takde nak berdemo guling2 kat jalanan ker???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062815 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list