CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12317|Reply: 14

Ibu didakwa beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode




BEIJING – Seorang bekas pengacara televisyen China, Li Xiang yang kini menjadi ahli perniagaan wanita  mengundang pelbagai reaksi kerana memberikan elaun bulanan kira-kira 150,000 yuan (RM99,075) kepada anak perempuannya, Angela Wang Shiling, lapor portal berita VnExpress kelmarin.


Xiang, 48, juga membelikan pakaian jenama berprestij kepada anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu.


Akhbar The South China Morning Post melaporkan, bekas pengacara itu berpegang kepada pepatah Cina dahulu kala tentang cara untuk membesarkan anak.


Pepatah itu menyatakan bahawa walaupun anak lelaki harus dibesarkan dalam situasi jimat cermat, namun anak perempuan harus menikmati kekayaan harta benda.


Selepas menyiarkan gambar anak perempuannya sedang bercuti pada akhir Mac lalu di media sosial, netizen mendedahkan kos pakaian Wang.


Mereka menyatakan bahawa pakaian bercorak kotak ungu anak perempuannya itu berharga  25,337 yuan (RM16,735), blaus putih berharga 13,754 yuan (RM9,084),  manakala harga skirt yang dipakai pula ialah 14,478 yuan (RM9,564).


Selain itu, harga aksesori Wang pula sekitar  39,815 yuan (RM26,303).


Beberapa netizen mengkritik tentang pakaian mahal anak perempuannya, manakala sebilangan lagi  mengidamkan gaya hidupnya yang mewah. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 09:34 AM | Show all posts
Biarlah duit dia. kita ikut kemampuan kita. pokcik pakai t shirt dengan tracksuit je pi jalan2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:43 AM | Show all posts
Untung la umur 14 dah merasa allowance level2 gaji CEO.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Membina spoilt brat...


Kalo ikut kan aku ok je ko nak lavishkan anak, dah duit ko kan, bukan nya ada nyusahkan sesapa... tp prepare to face the consequences lah later on...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik kalau dari prc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:51 AM | Show all posts
dah mak dia mampu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2024 09:53 AM | Show all posts
mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada English...

kecuali anak dia ada pasport negara asing lain...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:18 PM | Show all posts
shamsadis replied at 19-4-2024 09:53 AM
mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada ...

Nma asli: Wang Syi Ling (duit siling 50c)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 12:32 PM | Show all posts
ada gmbar tak..?

nmpk high class or nmk huduh..mcm ada  anak org kaya di sini..baju puluh2 ribu/ratus2 ribu tp x nmpk high class..uhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:25 PM | Show all posts
untung ler muda2 lg dah hidup in luxury.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:17 PM | Show all posts
kat sini lagi hebatlah, anak acik scammer mulut selipar belanja pun rm1 juta sebulan hokeh. pengajarannya marilah berniaga kulit ikan selemon
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 19-4-2024 09:53 AM
mustahil nama anak dia Angela Wang Shiling

kalau dia pior tanah besar, nama dia tak boleh ada ...


"nama Wang Syiling tu yg tak boleh menahan"-kakikudibibirmu
            
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:50 PM | Show all posts
baru nama wang syling dah dapat duit saku banyak camtu

kalau nama wang kertas maybe lebih banyak dapat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:51 PM | Show all posts
nama dia Wang Syi Ling..

wang syiling kt malaysia, mana pakai dah wang syiling, bayar parking pn pakai aps, masuk toilet je pakai wang syiling, antara sebab wa bawak wang syiling 50 sen...atau 30 sen..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak business kedai dobi kut. Lantak depa lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077438 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list