CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8873|Reply: 0

[Sarawak] Polis lancar Op Kesan buru pemilik kenderaan yang digunakan suspek kes curi di Kampung Tukau

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:22 PM | Show all posts |Read mode


Polis sedang giat mengesan pemilik kenderaan berwarna hitam yang digunakan dua suspek lelaki dalam kes kecurian yang berlaku di Kampung Tukau.

MIRI: Polis melancarkan Op Kesan bagi mengesan pemilik kenderaan yang digunakan dua suspek lelaki dalam kes kecurian yang berlaku di Kampung Tukau, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata operasi giat dijalankan susulan satu hantaran video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian terbabit tular di laman sosial Facebook pada Rabu.

“Menerusi video tular itu memaparkan dua orang lelaki telah menaiki sebuah kereta berwarna hitam dalam kejadian tersebut.

“Semakan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian tersebut setakat ini.

“Ekoran daripada hantaran tersebut, pihak BSJ IPD Miri telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan pemilik kenderaan yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, Alexson menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi talian 085-433222 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list