CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7131|Reply: 10

[Tempatan] Bas rempuh 11 kenderaan, dipercayai alami kegagalan brek. #7, Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman 4 hari

  [Copy link]
Post time 18-4-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-4-2024 03:31 AM

Bas rempuh 11 kenderaan, dipercayai alami kegagalan brek

https://www.freemalaysiatoday.co ... ami-kegagalan-brek/

FMT Reporters
18 Apr 2024, 05:11 PM


Keadaan sebahagian kereta yang terbabit dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Batu Pahat, Johor. (Gambar Facebook)

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di Batu Pahat, Johor pagi tadi.

PETALING JAYA: Sebuah bas dipercayai hilang kawalan akibat kegagalan brek sebelum merempuh 11 kenderaan dalam kejadian di Batu Pahat, Johor pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang itu, pada 10.40 pagi tadi.

Bas berkenaan dari arah bandar Baru Pahat menghala ke Jalan Kluang, melanggar dua buah lori dan sembilan kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, menurut Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah.

“Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Siasatan lanjut masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka memaparkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii ....kesian yg kena langgar....
Berminggu² keta tersadai kat bengkel nk tgu claim approve....

Yg mana busy dgn keja, satu hal le pulak nk settlekn ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas Kolej Vokasional kan, under KPM.  Kalau macam ni, boleh claim insurans bas tu lah kan.  Ke dah ramai2 tu boleh claim direct dgn KPM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii...
Pedih jiwa raga nengok walau tadak kna mngena.
Btw, bidio mna bidio?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 18-4-2024 07:46 PM
Bas Kolej Vokasional kan, under KPM.  Kalau macam ni, boleh claim insurans bas tu lah kan.  Ke dah r ...

Ada pelajar ke dlm bas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:05 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 18-4-2024 07:32 PM
Adoiii ....kesian yg kena langgar....
Berminggu² keta tersadai kat bengkel nk tgu claim approve.... ...

pnh kt tmpt parking ada kete langgor
mmg dekat 3 mgu jgk la di bengkel

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2024 11:30 AM | Show all posts
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman 4 hari

https://www.bharian.com.my/berit ... raan-direman-4-hari

Oleh Alias Abd Rani - April 19, 2024 @ 11:28am
bhnews@bh.com.my


Pemandu bas dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas direman hari bermula hari ini. NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Pemandu bas Kolej Vokasional Batu Pahat yang terbabit dalam kemalangan dengan 11 buah kenderaan di Jalan Tan Swee How, Jalan Kluang, semalam direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah reman ke atas pemandu berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pemandu lori terbabit tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi diiringi polis sebelum proses permohonan reman terhadapnya dikeluarkan.

Dia yang memakai baju T kelabu kelihatan tenang sebaik dibawa keluar dari mahkamah jam 9.40 pagi.

Dalam kemalangan jam 10.20 pagi itu, bas dipandu suspek membawa lapan pelajar kolej terbabit merempuh 11 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas milik kolej terbabit berusia 26 tahun, mengalami masalah brek sebelum meluncur dan merempuh kenderaan menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Akibatnya, berapa kenderaan termasuk kereta mewah mengalami kerosakan teruk selain dua pemandu cedera selepas tersepit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek ditahan semalam sejurus selepas kemalangan bagi membantu siasatan.

Katanya, penahanan suspek bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung punca sebenar kemalangan berlaku.

"Selain bas dipandu suspek, 11 kenderaan terbabit dalam kemalangan itu antaranya dua buah lori dan sembilan kenderaan lain termasuk kereta.

"Maklumat awal diterima mendapati bas dalam perjalanan dari bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

"Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:32 AM | Show all posts
E-Class ke tu yang depan tu. Masak la insurance.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-4-2024 10:22 PM
Ada pelajar ke dlm bas tu?

Bawa news kata ada 8 pelajar.  Adalah kot official event Kolej Vokasional yg driver bas kena htr.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes naya betul
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 05:40 PM | Show all posts
Total loss terus kereta tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054155 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list