CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7050|Reply: 0

[Perak] Premis letak syarat sebelum bagi beli minyak masak peket, diserbu KPDN

[Copy link]
Post time 18-4-2024 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Penguat kuasa KPDN melakukan pemeriksaan di pasar raya berkenaan di Seri Iskandar, semalam. - Foto IHSAN KPDN

PARIT – Tindakan sebuah pasar raya di Seri Iskandar, di sini, yang mengenakan syarat pembelian barangan bernilai RM20 sebelum membenarkan pengguna membeli minyak peket 1 kilogram (kg), mengundang padah apabila premis itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kes yang dihasilkan itu adalah hasil tindakan operasi pemeriksaan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Manjung melalui aduan orang awam yang mengadu bahawa peniaga mengenakan syarat untuk membeli minyak masak peket 1kg bersubsidi di premis yang diadu.

“Sehubungan itu, pasukan penguat kuasa KPDN telah melakukan dua kali uji beli melalui Ops Samar dan uji beli pertama mendapati pekerja premis tersebut memaklumkan bekalan minyak masak tiada di premis.

“Uji beli kedua pula dilakukan dengan membuat pembelian barangan lain bernilai RM15 dan mendapati pekerja premis membenarkan pembelian 1 peket minyak masak 1kg.

“Apabila penguat kuasa yang menyamar sebagai pembeli ingin membeli dua peket lagi, pekerja premis memaklumkan perlu membeli barangan lain dengan nilai lebih RM20,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat tersebut, Kamalludin berkata, sepasukan anggota penguat kuasa beruniform telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis perniagaan tersebut dan hasilnya telah menemui sebanyak 32 peket minyak masak 1kg bersubsidi yang disimpan di dalam stor premis berkenaan.

Beliau berkata, pekerja premis ketika disoal siasat memaklumkan bahawa dia hanya mengikut arahan pemilik pasar raya bahawa perlu mengenakan syarat kepada pembeli dengan membuat pembelian barangan lain.

Katanya, pekerja itu seterusnya memberitahu, tindakan itu adalah bagi membolehkan pasar raya itu mengaut keuntungan memandangkan minyak masak peket 1kg ketika ini adalah barangan keperluan semasa.

“Berikutan penemuan tersebut, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada premis berkenaan. Siasatan lanjut mendapati premis memiliki lesen runcit barang kawalan (CSA) gula,minyak masak dan tepung yang masih sah.

“Sebanyak 32kg minyak masak peket 1kg yang ditemui tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM80,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... peket-diserbu-kpdn/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list