CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7520|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mangsa banjir 3 negeri meningkat 748 orang - NADMA

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan jalan raya di Jalan Paip dilimpahi air berikutan Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang mencatatkan paras air 4.66 meter (m) melebihi tahap bahaya 4.2m. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS yang diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu namun, kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kat-748-orang-nadma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047040 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list