CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 0

[Sarawak] Lapangan terbang utama negara perlu dilengkapi alat pengimbas dadah canggih

[Copy link]
Post time 17-4-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode


ABUN

KUCHING: Lapangan terbang utama negara khususnya yang menyediakan penerbangan terus ke Sarawak perlu dilengkapi alat pengimbas dadah canggih.

Senator Abun Sui Anyit berkata ia penting bagi mengesan aktiviti penyeludupan masuk dadah ke negeri ini melalui laluan udara.

"Menurut laporan pihak berkuasa, dadah yang banyak diedar secara berleluasa sehingga ke pedalaman Sarawak dikatakan dari Semenanjung Malaysia.

"Justeru, kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor yang ada menyediakan penerbangan terus ke Sarawak perlu dilengkapi alat pengimbas dadah yang canggih," katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Menurut Abun, berdasarkan pengalamannya yang berulang-alik ke KLIA dari Miri, Sibu mahupun Kuching, beliau mendapati bagasi penumpang tidak diimbas di KLIA dan klia2 seperti dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sibu, Bintulu dan Miri.

Keadaan itu ujarnya, menimbulkan persoalan dan amat merisaukan.

"Adakah keadaan ini menyebabkan pengedar dadah mudah 'mengeksport' dadah ke Sarawak?

"Mohon pihak berkuasa memberi pencerahan dan memperketatkan pemeriksaan semua bagasi penumpang dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Tak perlu tunggu dadah sampai di Sarawak baru pihak berkuasa polis hendak mencari pengedar sedangkan proses membawa masuk dadah ke negeri ini begitu mudah di KLIA," katanya.

Abun dalam pada itu memuji kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 16,228.73 gram syabu, 198 gram ketamin dan 3,750 biji pil eramin 5 dengan nilai rampasan RM639,250 serta menahan dua lelaki dalam dua serbuan di Miri pada 11 April 2024.

"Dengan penangkapan seperti ini kita berharap pengedar-pengedar dadah di Sarawak berhenti daripada kerja-kerja yang merosakkan masyarakat.

"Kita juga berharap alat pengimbas dadah dapat ditempatkan di semua lapangan terbang dari Semenanjung ke Sarawak dan Sabah," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list