CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 0

[Selangor] Pagi kerja tukang cuci, petang sambung kelas PhD

[Copy link]
Post time 17-4-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang pelajar PhD yang dikenali sebagai Izzah sedang melakukan kerja sampingan sebagai tukang cuci di luar negara.

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Bristol meraih pujian ramai berikutan sanggup membuat pekerjaan sampingan sebagai tukang cuci.

Berkongsi video sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah di TikTok @NINN, pelajar yang dikenali sebagai Izzah itu kelihatan tidak kekok melakukan tugas berkenaan.

Menerusi ruangan komen Izzah memaklumkan, dia memilih untuk melakukan kerja sampingan itu untuk mencari pendapatan tambahan.

“Sebenarnya saya ada masa lapang sikit lepas siap tulis tesis dan kertas jurnal. Lagi beberapa bulan nak balik Malaysia dah, saja cari ‘extra income’,” kongsinya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata berbangga dengan dirinya yang bijak mencari peluang.

“Bagus bermula macam ni. Nanti bila dah jadi ‘seseorang’, awak ada empati dan simpati tinggi pada orang lain. Ramai akan sayang, doakan awak,” kata @dahlia.

“Pensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia merendah diri gila walaupun ada PhD,” ujar @cunaaa

“Saya tak cemburu dengan orang yang kaya atau cantik. Tapi saya cemburu dengan orang yang berpelajaran tinggi,” puji seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -sambung-kelas-phd/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056342 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list