CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4522|Reply: 0

[Tempatan] 'Pomen' jalanan ulang-alik 250km setiap malam cari rezeki

[Copy link]
Post time 17-4-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
'Pomen' jalanan ulang-alik 250km setiap malam cari rezeki
Oleh
NOR AZURA MD AMIN
17 April 2024 10:52am

Video Muhamad Naqiuddin yang menawarkan khidmat 'pomen' jalanan tular di media sosial.

JOHOR BAHRU - Berulang alik sejauh 250 kilometer setiap malam dari Batu Pahat ke Johor Bahru, menjadi rutin buat seorang pemuda yang mencari rezeki sebagai 'pomen' jalanan membaiki motosikal.

Muhamad Naqiuddin Abdul Halim, 26, berkata, idea menjadi 'pomen' jalanan itu tercetus selepas melihat ramai pekerja Malaysia di Singapura berulang-alik menunggang motosikal menggunakan laluan Tambak Johor dan Second Link.

Menurutnya, tiada istilah penat kerana dia perlu mencari rezeki membantu ibu dan ayah serta empat adik yang masih bersekolah termasuk yang melanjutkan pengajian di peringkat diploma.

"Segalanya bermula pada seminggu sebelum Ramadan, selepas saya sendiri cuba mendapatkan pekerjaan di Singapura, tetapi tidak berjaya.

"Ketika itu, saya sangat buntu fikirkan wang sebab hendak puasa dan raya lagi. Sebelum ini,, saya pernah bekerja kilang di Kuala Lumpur selama sembilan bulan, tetapi tidak dibayar gaji.

"Saya ambil keputusan kembali ke kampung di Peserai, Batu Pahat pada awal bulan lalu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Khidmat 'pomen' jalanan yang ditawarkan Muhamad Naqiuddin mendapat sambutan khususnya dari pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura.


Muhamad Naqiuddin berkata, dengan bantuan rakannya, Muhamad Azhari Mustafa, 29, atau dikenali sebagai Apeng yang juga mekanik, dia memulakan langkah menjadi 'pomen' jalanan di Johor Bahru pada Ramadan.

"Saya jugakan kongsikan maklumat mengenai khidmat 'pomen' jalanan yang ditawarkan di Facebook pekerja Malaysia-Singapura. Alhamdulillah, dapat sambutan.

"Saya bermula dengan tiga pelanggan di Skudai, Gelang Pahat dan Larkin. Khidmat diberikan termasuk tukar minyak hitam dan tiada caj perjalanan yang dikenakan," katanya.

Muhamad Naqiuddin (kiri) kini bergelar 'pomen' jalanan.

Tambahnya, meskipun upah yang diterima tidak seberapa namun dia merasa gembira dan puas kerana dapat membantu orang ramai yang mengalami masalah motosikal di jalanan.

Menurut Muhamad Naqiuddin, dia akan terus menawarkan khidmat membaiki motosikal jalanan dan pelanggan boleh menghubunginya di Facebook atau TikTok.

"Saya gerak dari Batu Pahat ke Johor Bahru pada jam 6 petang dan tiba sekitar jam 8 malam. Biasanya Subuh saya akan gerak balik ke Batu Pahat.

"Ramai yang tidak percaya saya ulang-alik Batu Pahat - Johor Bahru setiap hari. Tetapi itulah yang saya lakukan dan seronok dengan pekerjaan ini kerana dapat bantu ramai orang," katanya.

Sebelum itu, video berdurasi satu minit 46 saat di Tiktok mengenai servis motosikal ditawarkan Muhamad Naqiuddin tular dan mendapat pujian ramai yang kagum dengan kesungguhan anak muda itu mencari rezeki.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062135 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list