CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7032|Reply: 42

[Tempatan] Dah bersedia ke korang?Pengurangan subsidi petrol tetap dilaksana tahun ini - Rafizi

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.



"Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).

"Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi," katanya kepada Bloomberg.


Akhir tahun lalu, Rafizi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

Beliau berkata, 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

Katanya, kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

"Adalah dijangkakan akan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan 'U' apabila ia dilaksanakan.


"Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin," kata Rafizi.

Sebelum ini, firma penyelidik menjangkakan proses dan tempoh masa rasionalisasi subsidi dijangka dilaksanakan secara berperingkat, mengambil isyarat daripada sasaran kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion pada 2024 berbanding rekod tertinggi subsidi RON95 dan diesel berjumlah RM41.75 bilion pada 2022.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam laporan tinjauan Malaysia bagi 2024 berkata, rasionalisasi subsidi bahan api dan seterusnya pelarasan harga bahan api mesti dibuat secara berperingkat bagi mengimbangi kesannya terhadap inflasi, yang dijangka kembali meningkat kepada 3.0 peratus tahun depan berbanding anggaran 2.6 peratus pada tahun ini.

Penganalisis ekonomi juga berpandangan, subsidi petrol bersasar berkemungkinan akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, mengambil kira kebarangkalian harga minyak dunia akan berterusan meningkat ke paras AS$100 setong.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini mendedahkan inflasi keseluruhan pada 2024 dijangka berada antara dua peratus dan 3.5 peratus selepas mengambil kira potensi kenaikan disebabkan oleh rasionalisasi subsidi terutamanya petrol.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour pada pada sidang media Laporan Tahunan 2023, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2023 berkata, walaupun rasionalisasi subsidi mungkin memberikan implikasi jangka pendek terhadap pertumbuhan dan inflasi, strategi pelaksanaan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik bersama-sama dengan bantuan tunai bersasar akan membantu mengurangkan kesan ini.

Sementara itu, Rafizi berkata, walaupun nilai ringgit terus menyusut, ia tidak menjejaskan minat pelabur asing dan tidak menghalang matlamat kerajaan dalam melaksanakan dasar.

"Setakat ini, kami tidak melihat turun naik ringgit mula memberi kesan negatif kepada penstrukturan semula jangka panjang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi macam biasa portion untuk benda-benda bodoh dan tak berfaedah wajib ada. Harga barang keperluan mahal boleh salahkan kerajaan ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:50 PM | Show all posts
sembang je la lapiji..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:01 PM | Show all posts
dulu yang wangi2 jer

ingat lagi tak, bagaimana pensokong anwat dan rafizi memaksa kita untuk mempercayai fantasi, khayalan serta angan2 mereka dahulu?

kalau kita tidak percaya akan janji2 tersebut, dorang akan cop kita bodoh, macai, cybertrooper etc?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:05 PM | Show all posts
Lama dah bersedia.

Tak sabar dah ni nak tuang Ron 97 sambil flip hair susah senang bersama


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:07 PM | Show all posts
pakar formula taik kucin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 04:10 PM | Show all posts
pencen menteri2 dah abolished ka belum?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:12 PM | Show all posts
teruk2 korang kena tanggung pun, boleh lagi maki hamun madanon.
bayangkan korang di tempat walanon, kena tanggung kesusahan, dalam masa sama mulut x berhenti memuja2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
PH monang rakyat sonang katanya

Tak boleh harap:

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapiji ada kat dewan pandan indah, open house sabtu ni.... Nanti nak gi jumpa heols mintak formula
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 17-4-2024 04:12 PM
teruk2 korang kena tanggung pun, boleh lagi maki hamun madanon.
bayangkan korang di tempat walanon,  ...

hahhaha. betul sgt.
cambodoh je walanon
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:17 PM | Show all posts
s@s@ replied at 17-4-2024 04:12 PM
teruk2 korang kena tanggung pun, boleh lagi maki hamun madanon.
bayangkan korang di tempat walanon,  ...

sebab tu ler tinggal yang sewel2 je yang masih bertahan

eh tapi si sewel ahim mana pergi ye.. lama dah tak nampak

entah2 dia pon dah give up nak backup pmx
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 17-4-2024 04:16 PM
Rapiji ada kat dewan pandan indah, open house sabtu ni.... Nanti nak gi jumpa heols mintak formula

Apa kata yg pegi open house tu pakat bambu heols...nak tgk kecut ke idok telur dia... untung2 masuk ijn sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:32 PM | Show all posts
HAHAHA... ringgit dah la jatuh teruk, pi tarik subsidi petrol, mmg byak la harga barang naik mencanak2.....

konon bangnon jadi piyem minyak turun. pigidah !
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mana tatakelola. asyik² rakyat je kne tindas. reti jaga negara ke tak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:59 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 06:04 PM | Show all posts
Satu masa dolu


PORMULA minyak singgit 5 kupang tuh tersenyum sinisss dari kuboran, cadangan tuh dah boleh teross humban ke lobang puaka Jurang Mariana Lautan Pasifik tuh


PH monang, raykat sonang

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:33 PM | Show all posts
ok je dah sedia

lama dah tak jejak petrol stesen
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazabar dah nk bwk moto ni. Last bwk moto 6 tahun lepas. Lps ni maibi simpan kt umah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hangpa pikiaq je la.. ni baru minyak takde sabsidi.. menda2 lain nnt naik rega ke dak?

Jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071791 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list