CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10604|Reply: 1

[Tempatan] Ibu bapa diminta buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar ketika suhu lebih 35 Celsius

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN –  Ibu bapa diminta untuk menyalurkan aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) jika terdapat sekolah menjalankan aktiviti luar termasuk merentas desa dan sukan ketika suhu semasa melebihi 35 darjah Celcius bagi tiga hari berturut-turut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap aduan yang diterima itu akan diambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berasas.
“Aduan tersebut perlulah dibuat secara rasmi supaya siasatan sepenuhnya dapat dilakukan. Memang KPM galakkan ibu bapa membuat aduan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Kem Generasi Madani (GenMadani) Pemimpin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sekolah seluruh negara mempunyai kuasa autonomi untuk menangguhkan sebarang aktiviti luar sekiranya suhu semasa melebihi 35 darjah Celcius bagi tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pihak kementerian sangat tegas dalam isu berkenaan dan meminta setiap garis panduan yang ditetapkan dapat dipatuhi oleh pihak sekolah.

“Pada masa yang sama, KPM juga akan merujuk kepada status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan itu haruslah dipatuhi sepanjang masa. Setakat ini KPM belum menerima sebarang aduan mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai program GenMadani, Fadhlina berkata, program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengukuhkan kepemimpinan dalam kalangan pelajar.

Kem Generasi Madani (GenMadani) bertujuan untuk melahirkan pemimpin murid SMKA yang mempunyai identiti nasional berkonsepkan Malaysia Madani.
Seramai 256 orang murid daripada 61 buah SMKA seluruh Malaysia menyertai kem tersebut dan mereka terdiri daripada Ketua Umum, Penolong Ketua Umum, Ketua Badar dan Penolong Ketua Badar di sekolah. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:39 AM | Show all posts
cuaca panas sebegini banyakkan aktiviti di dalam bangunan sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.122355 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list