CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6527|Reply: 0

[Pahang] 360kg sampah, najis dikutip sepanjang LTU Lipis-Merapoh

[Copy link]
Post time 16-4-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Biarpun pihak Alam Flora telah meletakkan tong sampah, namun masih banyak sampah sarap dibuang di bahu jalan di laluan LTU dari Kampung Kechau Tui hingga Merapoh di Lipis.

LIPIS – Sejumlah 360 kilogram sampah sarap telah dikutip oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sepanjang seminggu cuti musim perayaan Aidilfitri di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kampung Kechau Tui hingga Merapoh.

Lebih menjijikkan lagi apabila kakitangan Alam Flora terpaksa mengutip najis yang dibuang di dalam plastik serta botol berisi air kencing.

Malah pekerja pembersihan berkenaan turut menemui tompokan najis yang ditinggalkan di tepi longkang dan penghadang jalan.

Pengurus Alam Flora Lipis, Muhamad Khairi Baharuddin berkata, pihaknya melakukan operasi mengutip sampah sarap bermula 5 April dan berakhir semalam.

Menurutnya, seramai 12 kakitangan Alam Flora beserta dua buah lori ditugaskan setiap hari bagi mengutip sampah sarap di tiga lokasi tumpuan utama iaitu susur masuk LTU di Kampung Kechau Tui, persimpangan Felda Chegar Perah dan persimpangan Merapoh.

“Kita telah menyediakan 12 buah tong sampah besar di sepanjang laluan ini, namun sangat menyedihkan apabila masih banyak sampah sarap bertaburan di bahu jalan.

” Ini kerana pengguna jalan raya mengambil langkah mudah dengan membuang sampah sewenang-wenangnya dari tingkap kenderaan atau ketika berhenti rehat di tepi jalan tanpa perlu pergi ke tong sampah yang disediakan,”katanya di sini hari ini.

Muhamad Khairi berkata, sepanjang operasi pembersihan masih banyak plastik bungkusan makanan, polisterin dan botol minuman yang dibuang pengguna jalan raya, malah permukaan longkang juga dipenuhi sampah sarap.

Ujarnya, sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya ini menyebabkan pencemaran akan sekitar, malah menimbulkan bau busuk di laluan berkenaan.

Sementara itu, seorang penduduk, Nor Syazwani Shamsuddin, 34, melahirkan rasa jengkel apabila melihat sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya ketika pulang meraikan Aidilfitri baru-baru ini.

“Sebagai penduduk tempatan saya kecewa melihat masalah ini berulang. Lebih menyakitkan mata memandang apabila  menoleh dari cermin tingkap kenderaan melihat timbunan sampah-sarap memenuhi laluan LTU.

“Ia berpunca akibat sikap tidak bertanggungjawba pengguna jalan raya yang membuang sampah sesuka hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -ltu-lipis-merapoh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066766 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list