View: 5031|Reply: 7
|
[Tempatan]
Hanya biskut makanan Ariq Darius sejak 16 tahun lalu
[Copy link]
|
|
Hanya biskut makanan Ariq Darius sejak 16 tahun lalu
https://www.bharian.com.my/berit ... sejak-16-tahun-lalu
Oleh RoselanAb Malek - April 16, 2024 @ 9:10am
[email protected]
Hanya biskut makanan Ariq Darius sejak 16 tahun lalu. - Foto NSTP/Roselan Ab Malek
JERANTUT: Hanya biskut. Itulah makanan dijamah Ariq Darius Abdullah Saidi sejak kecil.
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ibaadur Rahman, Shah Alam, berusia 16 tahun itu tidak mampu menelan makanan lain termasuk nasi. Jika dipaksa, makanan itu akan dimuntahkan semula.
Ariq Darius yang tinggal di asrama berkata pada awalnya dia agak malu bercerita dengan rakan mengenai pola pemakanan yang aneh.
"Ketika di sekolah rendah, ramai rakan bertanya mengapa tidak ke kantin. Saya memberi alasan tidak berselera dengan makanan dijual, tetapi lama kelamaan mereka faham dengan keadaan saya," katanya.
Walaupun makanan terhad pada biskut, dia tetap aktif di sekolah termasuk dalam bidang sukan terutama badminton dan bola sepak.
"Saya tidak terliur pun melihat makanan yang sering menjadi kegemaran remaja lain seperti burger, aiskrim atau mi segera. Semuanya tidak boleh telan.
"Kalau lapar, cukup untuk saya makan beberapa keping biskut coklat yang lebih enak jika dicicah dengan air," kata anak kedua daripada lima beradik itu.
Sementara itu, ibu Ariq Darius, Suhada Abu Hassan, 49, berkata, setiap kali disuapkan makanan seperti nasi atau bubur, makanan itu tersekat pada kerongkong anaknya itu sebelum dimuntahkan.
Ariq Darius Abdullah Saidi (kanan) bersama kembar, Aimy Damia Delisha yang tidak menghadapi masalah pemakanan. - Foto NSTP/Roselan Ab Malek
Katanya, kembar Ariq Darius, Aimy Damia Delisha tidak menghadapi masalah untuk menikmati apa saja makanan.
"Baginya biskut coklat adalah makanan paling sedap apatah lagi bila dicicah dengan apa sahaja air.
"Ketika Ariq berumur enam bulan, dia terkena penyakit virus susu dan di masukkan ke hospital selama seminggu" katanya.
Suhada berkata, selepas keluar hospital dia memberi pelbagai jenis makanan seperti kanak-kanak lain, namun makanan itu dikeluarkan semula kecuali susu.
"Satu hari saya menyuapkan biskut yang kebetulan terdapat di rumah. Untuk mengelakkan terlekat di tekak saya cicah dengan susu.
"Saya terkejut dia begitu berselera makan dan tidak muntah seperti makanan lain dan akhirnya ia menjadi makanan utama setiap hari," katanya yang menetap di Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor.
Menurutnya, sebagai ibu, hatinya runsing memikirkan keadaan anaknya itu dan pelbagai usaha dilakukan bersama suaminya Abdullah Saidi Mohamad, 50.
Mereka memasak pelbagai hidangan enak termasuk membawa Ariq Darius ke restoran yang biasanya digemari kanak-kanak, tetapi tidak berkesan.
"Hati ibu bapa mana tidak resah melihat keadaan anak yang tidak mahu makan kerana bimbang kesihatan pada masa depan.
"Kalau dipaksa makan, dia akan muntah menyebabkan kita pun jadi tertekan dan beberapa kali merujuk kepada doktor.
"Namun doktor beritahu ia adalah perkara biasa pada peringkat awal kerana lama kelamaan ia akan menerima makanan lain. Namun hakikatnya tidak berlaku," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak buat medical check up ke budak ni. Takat makan biskut je. Protein, veggies semua heols tak amik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
umo patploh dah potong kaki dek |
|
|
|
|
|
|
|
janji ada barang untuk dimakan |
|
|
|
|
|
|
|
klu pakai tudung mesti org tak perasan jantina asal
|
|
|
|
|
|
|
|
officemate weols pun ada sorang ni tak makan nasi/mee & lauk pauk. hari-hari makan burger & nugget. dah 40 tahun usianyahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Senang wife dia nanti serve biskut je |
|
|
|
|
|
|
|
ooo biskut saja ye, makanan lain lansung tak boleh
waktu sekolah dulu, ramai budak, especially perempuan, yang tak makan nasi
so dewan makan bagi diorang roti je, jinjit ler roti gardenia tu sebuku tiap kali masuk dewan makan |
|
|
|
|
|
|
| |
|