CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30335|Reply: 0

[Sarawak] Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:34 PM | Show all posts |Read mode


Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di Pusat Hikmah Exchange , hari ini.

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak.

Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, dengan adanya syarikat penerbangan itu nanti diharap dapat memberi saingan dalam harga tiket penerbangan.

“Seperti yang kita sedia maklum tiket penerbangan amat mahal sehingga mencecah RM800 sehingga RM1,000 bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

“Jadi dengan adanya syarikat penerbangan ini nanti diharap dapat memberi saingan ataupun menurunkan lagi harga tiket penerbangan untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, Sarawak mempunyai inisiatif sendiri dilaksanakan oleh Sarawak Volunteers dan Yayasan Sarawak untuk membantu graduan Sarawak.

“Inisiatif itu, pelajar boleh memohon sebanyak dua kali dan terpulang kepada mereka sama ada memohon semasa musim perayaan atau musim cuti.

“Biasanya jumlah pelajar yang memohon setiap tahun sekitar 10,000 sehingga 12,000,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025.

Katanya, pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Negeri itu berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.314741 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list