CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27936|Reply: 0

[Sarawak] Belia berperanan penting dalam pembangun negara dan pemantapan ekonomi

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Huang bersama ahli-ahli JCI Sarikei pada program 'JCI Sarikei 46 Installation and Award Company’ hari ini.

SARIKEI: Golongan belia memainkan peranan amat penting dalam pembangunan negara dan pemantapan ekonomi.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii berkata sebagai pemimpin pelapis negara pada masa depan, golongan belia mempunyai tanggungjawab besar dalam segala aspek.

“Belia mempunyai peranan penting dalam menyumbang kepada pelbagai aspek merangkumi pembangunan ekonomi, perkembangan pendidikan, pemantapan keharmonian, perpaduan dan lain-lain.

“Dari segi praktikal, golongan belia perlu melibatkan diri dalam aktiviti mampu mewujudkan perubahan positif seperti sukarela, berpersatuan melibatkan diri dalam pelbagai program memberi kesedaran positif kepada komuniti.

“Dalam erti kata lain, golongan belia harus menjadi warga aktif dan mengambil berat terhadap masyarakat sekitar mereka untuk pembangunan sosial yang berkembang dan membina jati diri masyarakat,” katanya pada program JCI Sarikei 46 Installation and Award Company di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sarikei itu berkata, ahli-ahli JCI memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pelbagai agenda digerakkan mereka.
Menurutnya, JCI adalah sebuah pertubuhan aktif di negara ini dan mempunyai jumlah keahlian yang ramai.

"Prestasi ini membuktikan JCI adalah sebuah pertubuhan digemari ramai, berikutan konsep dan perjuangannya mampu memberi kesan positif kepada setiap ahli bernaung di bawahnya.

"Ramai ahlinya berjaya dalam pelbagai bidang diceburi kerana kebijaksanaan mereka memanfaatkan peluang terutama menggunakan kesempatan khusus melalui komunikasi sosial yang pelbagai menambahkan rakan dan bertukar pendapat dalam sesuatu perkara yang dapat membangunkan kedua-dua pihak," jelasnya.

Pada majlis itu, Huang menyampaikan sumbangan kepada JCI Sarikei berjumlah RM5,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.353055 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list