CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 0

[Sarawak] Kepala air: Dua sekawan lemas di air terjun di Sematan

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode


Mayat mangsa diusung dari tempat kejadian.

LUNDU: Dua sekawan ditemui lemas manakala dua lagi selamat dalam kejadian kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah DSP Damataries Lautin, mangsa dikenali sebagai Steven Chai Pok Yee dan Vincent Tiong Kung Cheng masing-masing berusia 20 tahun.

Menurutnya, mangsa pertama (Steven) disahkan meninggal dunia oleh pihak kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, manakala rakannya (Vincent) disahkan meninggal dunia hari ini selepas ditemui pagi tadi.

"Mangsa (Vinceng) hilang, namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan terpaksa ditangguh malam tadi kerana keadaan semakin gelap.

"Pada jam 7.16 pagi tadi, mangsa (Vincent) telah ditemui oleh orang awam iaitu kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan mayat mangsa telah disahkan oleh bapanya," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lundu untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.55 petang.

Susulan itu katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Tambahnya, insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.

“Seorang mangsa juga berjaya dikeluarkan orang kampung namun disahkan meninggal di lokasi, manakala seorang lagi masih hilang," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.364196 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list