CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2026|Reply: 0

[Sarawak] Titik berat peraturan, undang-undang ketika operasi penguatkuasaan

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode


LING

MIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling mendakwa terdapat banyak kelompangan ketika operasi penguatkuasaan yang dilakukan terhadap peruncit dan peniaga.

Ling berkata demikian berdasarkan penelitian terhadap kes-kes yang diterima daripada pengadu kepada beliau.

Ia termasuk kes saman, kompaun termasuk rampasan barangan jualan.

Menurut Ling, ramai peniaga datang menemuinya untuk membangkitkan isu tersebut termasuk cara-cara operasi dilaksanakan.

Mereka mengadu berdepan kerugian besar dan jumlah denda yang tinggi.

Selain itu perlu menanggung bayaran khidmat guaman sekiranya kes dihadapkan ke mahkamah.

Ling percaya, peniaga-peniaga ini turut menjadi mangsa kepada barangan yang dibekalkan daripada pengedar.

"Ketika saya meniliti kes-kes ini, saya dapati banyak 'loophole' (kelompangan) semasa tindakan diambil oleh penguat kuasa dan juga pegawai penyiasat yang tidak secara keseluruhan menyiasat kes mereka," dakwanya.

Sehubungan itu, Ling yang juga seorang peguam meminta agensi penguatkuasaan untuk menitikberatkan tahap kesedaran tentang keperluan peraturan dan undang-undang ketika melakukan operasi terhadap peruncit dan peniaga.

Sekiranya mereka hanya melakukan kesalahan kecil dan tidak mengulanginya, mereka harus diberikan amaran atau peringatan, katanya.

Beliau harap pihak berkuasa akan memberi peluang kepada peniaga-peniaga ini memperbaiki kesalahan mereka.

"Kita mengakui ada kekurangan pihak berkuat kuasa dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Saya berharap mereka menggunakan budi bicara semasa menjalankan tugas dan bukan secara kekerasan dan tidak mengambil kira tentang keadaan bagaimana sesuatu kesilapan atau kesalahan itu berlaku," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.115489 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list