View: 9461|Reply: 0
|
Van Dijk, Aston Villa catat denda tertinggi
[Copy link]
|
|
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mencatat jumlah denda tertinggi untuk individu. - Foto AGENSI
LONDON: Kelab-kelab Inggeris mencatat jumlah denda tertinggi untuk salah laku pemain, pengendali dan pegawainya musim ini.
Jumlah itu mencecah angka baharu apabila bos Burnley, Vincent Kompany didenda 10,000 pound (RM59,349) kerana memarahi pengadil, Darren England pada Mac.
Ia adalah musim kedua berturut-turut masalah disiplin dalam empat divisyen liga tertinggi negara itu berakhir dengan jumlah denda mencapai tujuh angka.
Liga Perdana Inggeris mencatat angka tertinggi, melebihi 850,000 pound (RM5.04 juta).
Jumlah keseluruhan dengan ke atas pemain sahaja dalam liga tertinggi Inggeris itu mencecah 665,000 pound (RM3.95 juta) manakala baki 193,500 pound (RM1.15 juta) adalah untuk pengendali dan jurulatih.
Nilai denda tertinggi dicatat oleh Aston Villa apabila mereka perlu membayar 180,000 pound (RM1.07 juta) kerana salah laku pemainnya selepas kemenangan ke atas Brentford.
The Bees turut diarahkan membayar 175,000 pound (RM1.04 juta) untuk insiden sama.
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mencatat jumlah denda tertinggi untuk individu selepas diarahkan membayar 100,000 pound (RM593,490) kerana mencela pengadil, John Brooks.
11 kelab Liga Perdana Inggeris dikenakan hukuman denda oleh Persatuan Bolasepak Inggeris dengan jumlah keseluruhan mencecah 1 juta pound (RM5.93 juta). - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... tat-denda-tertinggi |
|
|
|
|
|
|
| |
|