CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10947|Reply: 0

Ten Hag berang, bangun tinggalkan sidang media

[Copy link]
Post time 14-4-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode

TEN HAG berang diajukan soalan tidak berasas bangun tinggalkan sidang media. -FOTO HaytersTV/Youtube

London: Erik ten Hag bangun meninggalkan sidang media dengan muka yang marah apabila ajukan soalan bahawa dia berdepan musim terburuk Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

The Red Devils terpaksa bekerja keras sebelum seri 2-2 menentang Bournemouth, yang lebih banyak mencipta peluang dan berusaha memenangi perlawanan itu.

Pasukan Andoni Iraola mencatatkan 20 percubaan gol, berbanding dengan lapan percubaan gol United.

Mereka akan tergelincir ke kedudukan kelapan liga jika West Ham United mengatasi Fulham manakala Chelsea menang ke atas Everton yang akan mengurangkan jurang mata dengan United kepada tiga ketika Chelsea bermain kurang satu perlawanan.


Ten Hag dimaklumkan bahawa musim ini akan menjadi kempen terburuk United dalam sejarah mereka jika mereka menamatkan saingan di bawah tangga ketujuh, bekas pengurus Ajax itu memutuskan bahawa dia sudah muak mendengarnya.

Seorang wartawan memberitahu Ten Hag: "Ada kemungkinan anda akan berada di kedudukan ketujuh. Jika anda berada di tempat ketujuh, itu akan menjadi penamat terburuk dalam sejarah Liga Perdana untuk United. Adakah anda fikir anda akan berada di atas kedudukan itu?

Baru sahaja wartawan menamatkan soalan mereka, Ten Hag bingkas bangun dengan marah bangun meninggalkan sidang media itu.

Semasa dia keluar, dia berkata: "Saya tidak mahu mengulas. Saya tidak mahu menjawab soalan itu. Itu tidak penting buat masa ini." Semasa Ten Hag bergerak pergi, wartawan itu kedengaran berkata "Saya cuba".

Harapan United untuk meraih trofi musim ini semuanya bergantung pada perlawanan seterusnya menentang Coventry City dalam separuh akhir Piala FA di Wembley.

Malah ia mungkin satu-satunya harapan mereka untuk mendapatkan kejayaan kerana Ten Hag mengakui harapan pasukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara kini tipis.

Ketika ditanya mengenai harapan United untuk layak ke siangan elit Eropah, pengendali Belanda itu berkata: "Keputusan ini tidak mencukupi. Kami tahu itu. Kami tahu apabila anda memasuki peringkat akhir musim ini, ini tidak mencukupi. Dan kebenarannya adalah hari ini, kami tidak layak.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... galkan-sidang-media
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047343 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list