CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12348|Reply: 3

Kourtney Kardashian minum susu badan sendiri

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Kourtney berkongsi trik menggunakan susu badan.

BINTANG realiti Kourtney Kardashian berkongsi rahsia mengamalkan minum susu badan sendiri ketika dia berasa tidak sihat.

Kourtney, 45, berkongsi petua itu menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instastory miliknya baru-baru ini.

"Saya baru sahaja memerah susu badan kerana tidak sihat, selamat malam!," katanya.



Kourtney mengamalkan minum susu badan ketika tidak sihat.

Perkongsian Kourtney itu tidak dianggap pelik peminat kerana sebelum ini dia sering berkongsi pelbagai petua dengan peminat.

Malah adiknya, Kim Kardashian pernah menyapu susu badan Kourtney pada badannya akibat mengalami masalah kulit.

Pada 1 November tahun lalu, Kourtney melahirkan anak pertamanya bersama Travis Barker yang juga merupakan pemain dram kumpulan Blink 182.


Sebelum ini, Kourtney juga sering berkongsi kata-kata semangat buat wanita yang berdepan masalah perubahan fizikal selepas bersalin.

Kata Kourtney, dia juga mengalami masalah yang sama lebih-lebih lagi apabila menyusukan badan.

"Anda mempunyai bentuk tubuh yang cantik tidak kira waktu. Semasa hamil, kita akan bersinar dan membesar dan selepas bersalin kita melalui proses penyembuhan serta mengecut.

"Saya juga melalui tempoh itu dan saya rasa paling sukar kerana badan ini masih menyesuaikan diri lebih-lebih lagi ketika menyusu badan," ujarnya.

Untuk rekod, Kourtney sebelum itu pernah menjalinkan hubungan dengan Scott Disick dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Mason, Reign dan Penelope.

Kourtney dan Scott bagaimanapun berpisah pada 2015

https://www.mstar.com.my/spotlig ... buh-kalau-tak-sihat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 01:46 PM | Show all posts
pelik2 je la petua dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 03:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rajin btul beranak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.097657 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list