CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9024|Reply: 0

[Dunia] Tiga remaja disyaki cadang lakukan serangan​

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Tiga remaja disyaki cadang lakukan seranganApril 12, 2024 @ 3:01pm


Jerman berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan Islam sejak meletusnya perang Israel-Gaza pada Oktober. - Foto AGENSI

BERLIN: Polis menahan dua gadis dan seorang remaja lelaki di barat Jerman, disyaki sedang merancang untuk melakukan 'serangan Islamis', kata pendakwa raya hari ini.

'Trio' berumur dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun diklasifikasi sebagai suspek kukuh yang sedang merencana serangan pengganas didorong unsur Islamis.

Dalam satu kenyataan, pendakwa raya Duesseldof berkata ketiga-tiga individu itu juga komited untuk melakukan satu jenayah.

Bagaimanapun, penyiasat tidak mengemukakan perincian lanjut terhadap plot yang didakwa itu dengan alasan, inkuiri masih dijalankan.

Menurut portal berita tempatan, Bild melaporkan tiga remaja itu didakwa sedang merancang untuk melakukan serangan 'molotov cocktail dan pisau dengan nama Daesh.

Sasaran mereka dipercayai membabitkan penganut Kristian dan anggota polis, lapor portal berkenaan sambil mendakwa remaja terbabit disyaki sedang mendapat senjata api.

Jerman dalam kategori waspada tinggi bagi menghadapi serangan Daesh sejak meletusnya perang antara Israel-Palestin, Oktober tahun lalu.

Konflik itu memaksa ketua perisikan negara itu memberi amaran risiko berlakunya serangan yang disifatkan sebagai nyata dan tinggi berbanding sebelum ini.

Negara itu juga bimbang mengenai berlakunya pelanggaran keselamatan kerana sedang bersiap sedia dengan penganjuran temasya bola sepak peringkat Eropah bermula pertengahan Jun sehingga Julai ini.

Pada awal tahun ini, polis dilapor berjaya menggagalkan cuba seorang suspek untuk melakukan serangan.

Penyiasat pada awal tahun ini, berjaya menahan tiga individu kerana didakwa sedang merancang untuk melakukan serangan dengan menyasarkan sebuah gereja besar di Cologne pada sambutan Tahun Baharu.

Menurut laporan Bild, suspek adalah warga Tajikistan dari kumpulan Islamic State-Khorasan (IS-K).IS-K dipercayai dalam satu kumpulan sama dengan dalang di belakang pihak yang melakukan serangan maut di sebuah dewan konsert dekat Moscow, Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faeser, menyifatkan IS-K sekarang ini adalah ancaman terbesar bagi negara itu.

Pelampau Islam dilapor sudah melakukan beberapa serangan di Jerman dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Disember 2016, tragedi paling berdarah pernah dilaporkan di sebuah pasar Krismas Berlin, menyaksikan pelanggaran sebuah trak sehingga membunuh 12 orang.



https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/04/1234204/tiga-remaja-disyaki-cadang-lakukan-serangan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061221 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list