Edited by maklukpenggoda at 14-4-2024 07:59 AM
Kuala Lumpur: Trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam ini susulan warga kota pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 10 malam, aliran trafik dari utara menuju ke Lembah Klang padat antaranya di Alor Setar Selatan ke Gurun, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Seberang Jaya ke Perai, Juru ke Taiping, Simpang Pulai ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Beliau berkata bagi laluan dari arah selatan ke Lembah Klang, aliran trafik perlahan di Yong Peng ke Pagoh, Jasin ke Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson.
"Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2 trafik sesak di Kuala Dungun ke Kerteh dan Kawasan Rehat dan Rawat Paka ke Kuantan," katanya ketika dihubungi.
PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan akan berlaku kesesakan apabila sekitar 2 juta kenderaan memulakan pergerakan masuk ke ibu kota bermula petang hari ini dan kemuncaknya pada 14 April.
Jurucakap LLM memaklumkan, pengguna disarankan merancang dan membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan.
“Pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory (TTA) bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.
“Sebelum bertolak pulang ke ibu kota, disarankan kesemua pengguna jalan raya untuk melihat kesesakan jalan raya menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) lebuh raya yang secara ‘real time’ di https://www.llm.gov.my,” katanya kepada Kosmo!.
Mengulas lanjut, hampir dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama setiap hari bermula dari 8 April sehingga semalam.
Jelas jurucakap LLM, sebanyak 1.9 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala lebuh raya kendalian Anih Berhad ( Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1) sebanyak 324,098 kenderaan pada Isnin lalu.
|