CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25257|Reply: 0

[Pahang] Tragedi pulang beraya: 2 pengawal keselamatan maut kemalangan di CSR

[Copy link]
Post time 11-4-2024 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Tragedi pulang beraya: 2 pengawal keselamatan maut kemalangan di CSR


Oleh Amir Hamzah Nordin - April 10, 2024 @ 11:37pm bhnews@bh.com.my




Penunggang dan pembonceng motosikal maut tercampak selepas motosikal terbabas dan merempuh konkrit penghadang jalan di CSR. - Foto ihsan IPD Lipis




LIPIS: Dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 57 Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala Kuala Lipis petang, tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Sungai Buloh di Selangor sebaik selepas selesai cuti Aidilfitri di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata mangsa yang maut adalah penunggang motosikal, Mazuan Mat Zin, 44, yang beralamat di Kampung Sepuluh, Sungai Durian di Kuala Krai bersama pasangannya, Kisnawita Saad, 46, beralamat di Kampung Serkai Jadi di Tronoh, Perak.

"Siasatan mendapati motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok simen pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.

"Kedua-dua mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Damansara meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.083165 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list