CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25162|Reply: 0

[Kedah] 8 rumah terjejas akibat ribut

[Copy link]
Post time 11-4-2024 12:03 AM | Show all posts |Read mode
8 rumah terjejas akibat ribut


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my




ANGGOTA APM memotong dahan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut hari ini. FOTO Ihsan APM




Bandar Baharu: Lapan rumah di Kampung Padang, Mukim Kechil Hilir, di sini mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

Beliau berkata, pemantauan dan tinjauan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bandar Baharu mendapati kesemua lapan rumah yang terjejas akibat ribut dan kebanyakannya mengalami kerosakan pada bumbung yang diterbangkan angin kuat.

"Kejadian pokok tumbang itu turut menghempap rumah dan garaj kereta," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Abdul Rahim berkata, kit bantuan awal juga surut diberikan kepada isi rumah yang terjejas.

Beliau berkata, pemantauan juga dilakukan dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan," katanya.



Disiarkan pada: April 10, 2024 @ 11:






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.118059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list