CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4684|Reply: 13

[Jenayah] Kontraktor didakwa pandu berbahaya, sebabkan kematian Zuhal, Marikh

  [Copy link]
Post time 9-4-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Kontraktor didakwa pandu berbahaya, sebabkan kematian Zuhal, Marikh
BERNAMA



Lee Kin Peng didakwa memandu pacuan empat roda dengan cara merbahaya kepada orang awam, sehingga menyebabkan kematian kepada Ahmad Zuhal Norazlan dan Ahmad Marikh Norazlan. FOTO BERNAMA


Sungai Siput: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik, minggu lalu.


Lee Kin Peng, 52, didakwa memandu pacuan empat roda dengan cara merbahaya kepada orang awam, sehingga menyebabkan kematian kepada Ahmad Zuhal Norazlan, 17.

Lelaki itu juga didakwa atas kesalahan sama, sehingga menyebabkan kematian kepada Ahmad Marikh Norazlan, 13.


Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini, antara 7.00 hingga 7.15 pagi, pada 5 April 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, serta denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya S. Vitthiyeswary mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain tertuduh perlu lapor diri di balai polis setiap dua minggu, lesen memandu digantung, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak boleh mendekati saksi kes.

Bagaimanapun, peguam S. Morgan merayu jaminan RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan, dengan alasan anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan selain sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak yang kesemuanya masih belajar.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 secara kolektif untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan dengan pasport diserahkan kepada mahkamah, serta tertuduh dilarang mengganggu saksi kes.

Mahkamah menetapkan 11 Jun 2024 untuk sebutan semula kes.

Pada 5 April, media melaporkan dua beradik maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda, dalam kejadian langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dalam kenyataan berkata kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.


https://www.bharian.com.my/berit ... -kematian-zuhal-dan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2024 03:03 PM | Show all posts

Dua beradik dalam perjalanan ke sekolah maut dilanggar lari

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my


KEADAAN motosikal dinaiki mangsa dilanggar lari sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) di KM 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar. FOTO Tular
Sungai Siput: Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki dilanggar lari sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) di KM 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira 7.10 pagi itu berlaku ketika penunggang motosikal, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh Norazlan, 13, dalam perjalanan ke sekolah.


Kedua-duanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan terbabit dari arah Kuala Kangsar menghala Ipoh memasuki simpang ke sebelah kanan iaitu di persimpangan Taman Desa Salak secara tiba-tiba.


Menurutnya, ia menyebabkan kenderaan itu merempuh motosikal Honda EX5 dua pelajar itu yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan itu, kedua-duanya maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan 'polytrauma with suspected neck injury/cervical fracture'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khaizam berkata, polis kini sedang giat mengesan pemandu dan pemilik kenderaan 4x4 itu, dan sehingga kini belum membuat laporan berhubung kemalangan itu.

"Orang ramai yang menyaksikan kemalangan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Kasidi Che Ghani di talian 014-5073473 bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, jenazah dua beradik itu disolatkan di Masjid Kariah Salak (U), Kampung Perik, di sini oleh kira-kira 200 jemaah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor, di sini.

Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 3:35pm

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... maut-dilanggar-lari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2024 03:03 PM | Show all posts
Langgar lari dua beradik: kontraktor direman dua hari
BERNAMA
April 6, 2024 @ 10:00pm





Langgar lari dua beradik: kontraktor direman dua hari
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka dilanggar lari sebuah pikap dalam kejadian di KM 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Ipoh, pagi semalam. - Foto ihsan pembaca




IPOH: Seorang kontraktor yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian langgar lari membabitkan dua beradik maut selepas motosikal mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, kini direman empat hari.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata lelaki berusia lingkungan 50an itu direman bermula hari ini hingga Selasa.




"Permohonan reman dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pagi tadi bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Kemalangan kira-kira 7.12 pagi semalam berlaku ketika mangsa yang berusia 13 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.




Dalam kejadian itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar menghala ke Ipoh memasuki simpang sebelah kanan menghala ke Taman Desa Salak secara mengejut, menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.


- BERNAMA




https://www.bharian.com.my/amp/b ... or-direman-dua-hari

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2024 03:04 PM | Show all posts

'Terbayang-bayang Marikh datang cium, Zuhal minta maaf' - Ibu dua pelajar maut kemalangan



Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my





NORZALIFA (berbaju kurung biru) dan suami, Norazlan (berbaju hitam) menerima kunjungan Khairudin serta Mohd Khaizam. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri




Sungai Siput: Ibu kepada dua beradik yang maut dilanggar lari dalam nahas di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di sini, pagi semalam, mengakui bukan mudah untuk dia menerima pemergian dua anak lelakinya itu serentak.


Norzalifa Mohd Yusof, 35, berkata, malam pertama pemergian Allahyarham Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adik, Ahmad Marikh Norazlan, 13, membuatkan dia begitu sukar tidur kerana mengenangkan dua beradik itu.


Malah menurutnya yang ketika itu ditemui bersama suami, Norazlan Tajuddin, 37, bayangan dua anak lelakinya seakan-akan muncul dalam mindanya.


"Nak tidur pun tak boleh. Kalau terlena pun hanya sekejap-sekejap dan terjaga, kemudian apabila hendak lena (sambung tidur) kembali macam terbayang-bayang macam seperti mimpi. Asyik (Marikh) datang cium, abang dia (Zuhal) datang minta maaf pada saya.




"Tak boleh tidur dengan lena malam tadi sebab teringat sampai pagi. Masuk waktu Subuh saya gerak 'kakak' (anak perempuan sulung) ajak dia mandi dan solat. Kakaknya (Puteri Nurdiana, 19) pula malam tadi memang tidur dekat sofa tempat adik (Marikh) selalu tidur.


"Selalu juga adik (Marikh) tidur di rumah neneknya yang terletak hanya bersebelahan rumah kami namun dua malam sebelum nahas di atas sofa ini jugalah 'adik' tidur," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga itu di Kampung Salak Stesen, di sini, hari ini.


Hari ini keluarga itu menerima kunjungan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah serta Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin bagi menyantuni seterusnya menyampaikan sumbangan.


Norzalifa berkata, Aidilfitri yang bakal disambut pastinya hambar susulan kematian anak sulung serta ketiga daripada empat beradik berkenaan, apatah lagi rancangan mereka sekeluarga untuk membeli kelengkapan pakaian raya tidak kesampaian susulan nahas berlaku pada pagi hari sepatutnya mereka sekeluarga membeli baju raya pada sebelah malam.




"Selalunya setiap kali hari raya kami satu keluarga memang pakai baju raya ikut tema warna sedondon. Tahun ini macam tak bermaya (menyambut Syawal), sebab macam tak cukup (ahli keluarga). Lagi pun baju raya kami tak ada beli.


"Kami nak sedih macam mana pun, nak cakap macam mana ianya sudah takdir yang ditentukan Tuhan. Mereka 'pergi' di hari yang mulia (Jumaat), bulan Ramadan yang mulia, malah hari Jumaat terakhir Ramadan ini. Jadi kami terima saja ketentuan ini.


"Memang rasa geram timbul terhadap pelaku yang menyebabkan kematian anak kami. Bukan senang hendak terima apabila nyawa dua anak hilang. Tapi hendak buat macam mana mereka pun sudah 'pergi' di bulan baik ini maka kami reda.


"Hendak menangis macam mana pun kena terima kerana sudah ditentukan ajalnya. Namun untuk raya kali ini kalau sambut pun sekadar menerima kedatangan tetamu atau kawan-kawan yang berkunjung ke rumah kami ini saja. Kampung kami pun hanya dekat-dekat sini saja," katanya.


Sementara itu, Khairudin berkata, kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar itu melayakkan waris menerima faedah menerusi skim takaful pelajar sekolah berjumlah RM5,500 bagi setiap pelajar selain wang khairat kematian RM1,500.


Terdahulu, Mohd Khaizam ketika dihubungi hari ini berkata, pemandu Toyota Hilux yang terbabit insiden langgar lari itu direman empat hari bermula hari ini sehingga Selasa.


Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 5:50pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bu-dua-pelajar-maut

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 03:48 PM | Show all posts
kesiannya family,..dah nk dkt raya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal dia tak dikenakan pertuduhan langgar lari?

Kenapa perubatan tertuduh langgar lari tidak diambil kira utk risiko ikat jamin? Dari segi character mmg tertuduh berpotensi lari dari tanggungjawab.

And gaji dia Dua ribu sebulan?

Apsal majistret semua begitu mudah diperbodohkan loyar eh?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 9-4-2024 03:51 PM
Apsal dia tak dikenakan pertuduhan langgar lari?

Kenapa perubatan tertuduh langgar lari tidak diamb ...

Biasa la geng2 kontraktor kerja sendiri ni. Selalunya ada 2 akaun. Satu yg declare kat lhdn gaji basic sahaja. Satu lagi declare kat bank utk buat loan, bertambah2.

Masuk court dia tunjuk la gaji lhdn. Hakim kena terima la unless klu ada statement lain yg gaji dia tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia nape bg nama lagu tu jat anak2.... dia bukak buku teks sains tingkatan 3 ke buat rujukan nama anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah kes libatkan nyawa kenapa ikat jamin selalu mcm gaji manager speedmart je court kenakan ye? Kalau dia US sana beratus ribu dia charge ko smp takleh bayar terus ke dalam sambil tunggu bicara. Alang2 nak pakai taxpayer money, biarlah bebetul2 kes mati camni helok sumbat lokap aje takyah bagi bebas ke sana sini.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:00 PM | Show all posts
'Terbayang-bayang Marikh datang cium, Zuhal minta maaf' - Ibu dua pelajar maut kemalangan.

Nak sedih, nak tergelak pun ada. Masalah betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lg 2 beradik nama planet apa pulak
Mudanya mak bapak arwah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Unik nama anaknya.
Semoga apek ni mendapat balasan yng setimpal.jngn tetiba ada kad oku sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-4-2024 05:27 PM
kasibiman replied at 9-4-2024 03:51 PM
Apsal dia tak dikenakan pertuduhan langgar lari?

Kenapa perubatan tertuduh langgar lari tidak diamb ...


hang igt tak...ada ahli politik marah sb 'kecohkan'  kes stokin...banding buat repot polis.Cer banding ngn kes ni(tumpukan ayat terakhir yg hang tulis tu).
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 05:29 PM | Show all posts
Sampai 2 orang dia bunuh..moga dapat hukuman berat..dh langgar lari pulak tu. Mmg dasar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059580 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list