CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5295|Reply: 0

Kelantan FC sertai M3, Perlis United tarik diri

[Copy link]
Post time 9-4-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan pasukan yang disingkirkan dari Liga Super, Kelantan FC akan menyertai saingan Liga M3 yang kini dikenali sebagai Liga MBSB Bank Championship (MBC) 2024/25.

Ia selepas AFL mengumumkan bahawa 16 pasukan yang akan bersaing musim ini, peningkatan penyertaan berbanding tahun sebelumnya iaitu 12 pasukan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pertambahan bilangan penyertaan pasukan memperlihatkan keyakinan dan sokongan pemain industri bola sepak tempatan terhadap MBC 2024/25.

"Secara rasmi 16 pasukan ini termasuk Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.


"Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC," katanya.

Kelantan disingkir dari Liga Super musim ini kerana gagal mendapatkan lesen kebangsaan susulan isu tunggakan gaji yang membelenggu skuad The Red Warriors (TRW).

Perlis United FC kemudian dicalonkan untuk menggantikan tempat Kelantan dalam Liga Super, namun pasukan dari Utara itu gagal memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen yang ditetapkan First Instance Body (FIB).

Lebih menyedihkan apabila Mohd Yusoff memaklumkan Perlis United bersama SAINS FC dan Sarawak United FC menjadi tiga pasukan musim lalu menarik diri dari Liga M3 musim ini.

"Kami menerima penarikan diri tiga pasukan ini kerana mengakui sedang mengalami pelbagai kekangan khususnya dari segi kewangan pasukan," katanya.

Selain itu, Mohd Yusoff menjelaskan AFL akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3.Katanya, Liga M4 pula akan ditukar kepada Liga A2 manakala Liga M5 bertukar nama kepada Liga A3.

https://www.bharian.com.my/sukan ... s-united-tarik-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.945059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list