CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13643|Reply: 5

[Dunia] Eropah dilanda awan debu Sahara

[Copy link]
Post time 8-4-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-4-2024 10:59 PM

PARIS: Awan debu pasir 'luar biasa' dari Sahara melanda bahagian Eropah hari ini, menyebabkan kualiti udara yang buruk.

Menurut Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus, kepulan terbaharu, yang ketiga seumpamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, membawa keadaan berjerebu ke selatan Eropah dan akan merebak ke utara sehingga ke Scandinavia.

Saintis kanan di Copernicus, Mark Parrington, berkata peristiwa terbaharu itu berkaitan dengan corak cuaca yang membawa cuaca lebih panas ke bahagian Eropah sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Walaupun bukan sesuatu yang luar biasa untuk kepulan debu pasir Sahara sampai ke Eropah, terdapat peningkatan dalam ketepuaan dan kekerapan sedemikian dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang berpotensi dikaitkan dengan perubahan dalam corak peredaran atmosfera," katanya.

Kejadian terbaru ini menyebabkan kualiti udara merosot di beberapa negara.

Kesatuan Eropah (EU) untuk kepekatan PM10 iaitu zarah lebih kasar seperti pasir dan habuk yang boleh merengsakan hidung dan tekak dilihat sudah mencapai tahap melampau di beberapa lokasi.

Yang paling teruk terjejas ialah Semenanjung Iberia di Sepanyol tetapi peningkatan pencemaran udara yang lebih rendah turut direkodkan di bahagian Switzerland, Perancis dan Jerman.

Pihak berkuasa tempatan di tenggara dan selatan Perancis mengumumkan bahawa ambang pencemaran udara melanda pada Sabtu lalu.

Mereka menasihatkan penduduk untuk mengelakkan aktiviti fizikal terutama mereka yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan.

Menurut Copernicus, awan debu debu itu dijangka tiba di Sweden, Finland dan barat laut Russia sebelum esok berakhir dengan perubahan dalam corak cuaca.

Sahara mengeluarkan antara 60 dan 200 juta tan habuk halus setiap tahun, yang boleh bergerak beribu-ribu kilometer, dibawa oleh angin dan keadaan meteorologi tertentu.

Kepulauan Canary Sepanyol di luar pantai barat laut Afrika menyaksikan hanya 12 hari dalam tempoh 90 hari dari Disember hingga Februari di mana langit bebas daripada habuk Sahara, lapor agensi cuaca tempatan, Aemet. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 11:03 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 9-4-2024 05:06 AM

Berdasarkan perspektif dan ilmu melayu... badai pasir, gempa bumi dan sejenisnya adalah perwujudan angkara murka Tuhan kepada eropa kerana eropa telah  membuat dosa besar yang melampaui .... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkn perspektif nusarayau anak jati warga indong yg terdampar di malaysia, apa yg terjadi di eropah skrg ni adalah sama spt jerebu yg dihantar indongbenakubi setiap tahun ke malaysia... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 08:23 AM | Show all posts
Habuk dan Pasir dari gurun Sahara tu pun boleh diterbangkan sehingga ke Amazon rainforest sana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059064 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list