CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14924|Reply: 0

[Pulau Pinang] Umat Islam kena 'move on' elak emosi, serahkan siastaan kepada pihak berkuasa

[Copy link]
Post time 8-4-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam kena 'move on' elak emosi, serahkan siastaan kepada pihak berkuasa


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 8, 2024 @ 4:33pm bhnews@bh.com.my




Tan Sri Mohd Yussof Latiff




GEORGETOWN: Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa umat Islam memandang ke hadapan dan menyerahkan isu stoking dan tapak kasut mirip kalimah Allah ditangani pihak berwajib dengan bijaksana.

Presiden PEMENANG, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, orang Melayu juga jangan terlalu beremosi hingga terbabas daripada landasan tindakan sebenar.

"Orang Melayu harus dan mesti bangkit bagi meneruskan agenda murni negara seperti menyahut seruan kerajaan menyokong penuh perancangan ekonomi dan sosial masyarakat yang dirancang atau dianjurkan kerajaan hari ini.

"Bukan sahaja bagi kepentingan orang Melayu, malah bagi kebahagiaan dan kesejahteraan semua golongan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Yussof berkata, PEMENANG juga mengemukakan cadangan bagi pertimbangan Kerajaan Madani supaya satu Majlis Penasihat Pembangunan Ekonomi Kebangsaan ditubuhkan dan mungkin boleh dinamakan sebagai Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan Madani (MPEKM).

Katanya, MPEKM itu pula dicadang terdiri daripada ahli veteran negara yang berpengalaman luas dan sudah berkhidmat kepada negara dengan cemerlang.

"Antara nama yang disyorkan ialah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.

"Juga Tan Sri Abdul Wahid Omar, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Tan Sri Prof Dr Kamal Salih, Datuk Dr Hasan Mad dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

"Perlantikan ahli berkenaan hendaklah terdiri daripada pakar ekonomi semua kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi meyakini dan sokongan rakyat Malaysia

kepada usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046366 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list