CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12731|Reply: 0

Tiada kompromi babitkan isu padang - FAM

[Copy link]
Post time 8-4-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: "Kami tidak akan berkompromi lagi dengan keadaan padang...."

Itu ketegasan yang diluahkan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan badan induk itu.

Penegasan Firdaus itu babitkan soal pemilihan venue skuad Harimau Malaya yang terpaksa beraksi di atas padang teruk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), biarpun sebelum itu dijanjikan oleh pengendali stadium untuk memastikan padang di tahap terbaik.

Katanya, FAM akan melihat alternatif terbaik yang lain sekiranya SNBJ tidak berada pada tahap terbaik.


"Kami tidak akan berkompromi lagi dengan keadaan padang. Pemain adalah keutamaan kami dan kami tidak akan mengambil risiko daripada berlaku lebih banyak kecederaan.

"Sekiranya (SNBJ) tidak boleh digunakan, kita akan melihat pilihan lain seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak (Terengganu) atau Stadium Sultan Ibrahim di Johor.

"Ia sama dengan menyewa apartmen, sebelum membuat keputusan kita kena pastikan ia sesuai didiami. Apabila kita mula membayar, kita mengharapkan yang terbaik," katanya.

Terdahulu, pelbagai pihak mengkritik Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) disifatkan gagal menyediakan padang yang sempurna hingga tercabut dan tidak rata.

Bukan sekali tetapi perkara itu berlaku banyak kali sepanjang tahun lalu meskipun padang di SNBJ sudah menjalankan pembaikan saliran dan penukaran padang daripada Cowgrass kepada Zeon Zoysia hasil tajaan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Isu utama di sebalik masalah terbabit sering berulang ekoran tindakan PSM yang membenarkan penganjuran konsert diadakan di atas rumput hingga menjejaskan keadaan padang itu.

Begitupun kelmarin Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang SNBJ.

Moratorium itu akan dilaksana sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik, sekali gus bakal memberi peluang cerah untuk padang SNBJ bersedia untuk aksi berikutnya.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya dijadual menentang Taiwan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di SNBJ, Jun ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tkan-isu-padang-fam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.166842 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list