CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6993|Reply: 0

Ragu-Ragu Nak Pasang Pelita Raya? Ini Penjelasan Hukum Daripada Ustaz Azhar Idrus

[Copy link]
Post time 8-4-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode






Salah satu tradisi masyarakat Melayu ketika menyambut hari raya adalah memasang pelita. Budaya ini telah lama dilakukan terutama di kawasan kampung bagi memeriahkan lagi sambutan aidilfitri.


Namun, timbul kemusykilan dalam kalangan umat Islam tentang hukum memasang pelita raya. Justeru itu, OhBulan! kongsikan dengan anda pencerahan berkenaan isu ini.


Menerusi perkongsian daripada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, beliau berkata setiap perkara yang tidak dinyatakan tentang suruhan atau larangan daripada Nabi Muhammad SAW, maka ianya bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan.






"Bila nabi tak suruh atau larang, segala pekerjaan kita bergantung kepada tujuan.


"Apa tujuan pasang pelita malam raya? Jadi di situ akan adanya hukum."


Ustaz Azhar kemudian memberikan contoh situasi dan menjelaskan tentang hukum memasang pelita bagi sambutan hari raya.


"Kalau pasang pelita raya supaya cerah laluan ke rumah, tak ada masalah.


"Supaya meriah nak sambut raya, nak penghujung Ramadan, anak-anak dan cucu suka tengok rumah cantik..hukumnya harus."


Bagaimanapun, jika tujuan memasang pelita adalah untuk mengikut tindakan orang kafir maka hukumnya haram.


"Kalau tujuannya tengok orang kafir buat dan nak ikut, itu haram."


Kami harapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda supaya melakukan sesuatu perkara dengan niat yang betul.





Sumber: TikTok/Ohbulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.099790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list