CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7799|Reply: 0

[Johor] Tak serik didenda kerana pecah rumah, Chin Long kena jel 12 bulan

[Copy link]
Post time 7-4-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

CHIN Long dipenjara 12 bulan kerana memiliki harta curi dan air kecing positif dadah. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Tolonglah puan, saya janji tak buat lagi. Saya insaf, saya nak denda paling rendah," demikian rayuan pengutip barang lusuh sebelum Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan kerana positif dadah dan pecah masuk rumah.

Lim Chin Long, 36, yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif methampethamin membuat pengakuan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada empat anak itu didakwa memecah masuk rumah milik seorang wanita di Parit Kemang, Senggarang, dekat sini, dan melarikan televisyen, pada jam 2 petang, 20 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.


Pertuduhan kedua pula, dia didapati positif methampethamin ketika ujian air kencing dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada 16 Ogos tahun lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencungkil dinding rumah mangsa lalu melarikan televisyen.

Kejadian itu hanya disedari ketika mangsa pulang ke rumah dan mendapati dinding rumah tercabut akibat dikopak.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan rekod lalu, mahkamah mendapati tertuduh pernah beberapa kali didakwa atas kesalahan termasuk pecah rumah dan dadah.

Perkara itu diakui sendiri tertuduh ketika mahkamah bertanyakan sama ada dia pernah didakwa atau tidak sebelum ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi kes Seksyen 411 manakala, Seksyen 15 (1) (a), penjara lapan bulan. Semua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditahan 20 Mac.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kena-jel-12-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.236556 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list