CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6317|Reply: 0

[Johor] Kerana RM3, Asyraf terpaksa beraya dalam penjara

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Asyraf Omar, 26, ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat, hari ini. - Foto NSTP/ALIAS ABD RANI

BATU PAHAT: Seorang lelaki terpaksa berhari raya dalam penjara selepas gagal membayar ikat jamin RM6,000 dikenakan Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memeras ugut penuntut wanita sebuah universiti awam di Parit Raja, bulan lalu.

Muhammad Asyraf Omar, 26, didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana memeras wang daripada penuntut berusia 23 tahun berkenaan pada jam 12.30 tengah hari, 26 Mac lalu.

Dia yang dihadapkan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.

Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian ketika penuntut terbabit menunggu bas untuk pulang ke Masai, Johor, berikutan cuti akhir semester apabila dia didatangi tertuduh yang tidak bekerja itu yang kemudian meminta wang.


Pelajar berkenaan enggan melayan permintaan penganggur terbabit yang kemudian menarik baju mangsa yang menyebabkan wanita itu ketakutan lalu menyerahkan RM3. Mangsa selepas itu terpaksa berjalan sejauh lima kilometer untuk membuat laporan di Balai Polis Parit Raja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Izzati Rozman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga lantikan peguam.

https://www.bharian.com.my/berit ... eraya-dalam-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.259565 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list