CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4193|Reply: 0

Impak Havertz besar buat Arsenal - Arteta

[Copy link]
Post time 7-4-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Arsenal, Kai Havertz dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Amex, Brighton awal pagi tadi. – Foto AFP

LONDON: Kai Havertz muncul tidak disangka-sangka sebagai tonggak Arsenal dalam usaha mereka memburu kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 20 tahun, menghasilkan persembahan yang menyaksikannya menjadi antara penyerang buruan di Eropah - sesuatu yang tidak dilakukannya pada awal musim.

Bekas pemain Chelsea itu kelihatan termangu-mangu dalam beberapa bulan pertama menyarung jersi Arsenal dan mengambil masa 10 penampilan sebelum meledak gol pertamanya.

Namun dia kini ternyata menjadi tumpuan utama dalam serangan Arsenal dan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menang 3-0 di Brighton yang melonjakkan mereka semula ke tangga teratas awal pagi tadi.

Ia juga membolehkannya mengumpul 10 gol dalam semua pertandingan buat The Gunners dan pemain Jerman itu akan menjadi tonggak utama dalam usaha Arsenal mengatasi cabaran Manchester City dan Liverpool dalam perebutan kejuaraan.


"Jelas dia mempunyai impak besar terhadap pasukan. Persembahannya secara keseluruhan amat bagus dan kini sumbangan golnya juga amat tinggi," kata pengurus Mikel Arteta kepada wartawan. "Dia perlu mengekalkannya.



Pengurus Arsenal, Mikel Arteta (kiri) meraikan kemenangan ke atas Brighton bersama Kai Havertz awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Saya fikir persefahamannya dengan penyerang lain hebat. Saya rasa mereka benar-benar ada tujuan dan hubungan serta jelas di mana untuk menyerang dan kami mencipta banyak peluang."

Havertz dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan di Brighton, jauh berbeza berbanding pada awal musim apabila peranannya tidak jelas dan penyokong Arsenal lambat untuk menerima kehadirannya.

"Jelas sekali dia kini dalam satu detik yang amat berbeza. Dia memiliki beberapa pemain fantastik di sekitarnya dan kami cuba mewujudkan suasana yang tepat buatnya," kata Arteta mengenai pemain berusia 24 tahun itu.

Dengan beberapa perlawanan sukar menanti, termasuk kunjungan ke Tottenham Hotspur hujung bulan ini, prestasi Arsenal di gelanggang lawan mencetus keyakinan.

Mereka tidak dibolosi dalam lima aksi di laman lawan dan menjaringkan 20 gol dalam perlawanan itu, tetapi kemenangan di Brighton lebih menakjubkan memandangkan kelab pantai selatan itu tidak kalah di gelanggang sendiri sejak Ogos lalu.

"Ini benar-benar satu tempat yang sukar untuk anda lawati dan menang tetapi juga dengan cara dan formula kami melakukannya. Harapnya ya, kami boleh meneruskan apa yang kami lakukan," kata Arteta. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... buat-arsenal-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047363 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list