View: 4792|Reply: 0
|
MotoGP: Quartararo kekal bersama Yamaha
[Copy link]
|
|
QUARTARARO memilih untuk kekal bersama Yamaha biarpun pasukan itu bergelut untuk menyediakan jentera kompetitif. - AFP
PARIS – Juara dunia MotoGP edisi 2021, Fabio Quartararo akhirnya mengesahkan masa depannya apabila menandatangani kontrak baharu untuk terus kekal bersama Yamaha sehingga musim 2026.
Sebagai rekod, status Quartararo sebelum ini menjadi tanda tanya selepas kontrak asal sepatutnya berakhir pada musim ini dengan beberapa pasukan termasuk Aprilia berminat untuk menandatangani khidmatnya pada tahun depan.
Namun, pelumba kelahiran Perancis itu melaungkan kepercayaan kepada Yamaha untuk kembali bergelar pasukan elit dunia meskipun gagal menjuarai sebarang perlumbaan Grand Prix (GP) pada tahun lalu.
“Saya sangat gembira apabila dapat meneruskan karier saya bersama pasukan ‘Biru’ (Yamaha). Mudah untuk saya bersetuju dengan kontrak lanjutan yang mereka tawarkan selepas mendengar penjelasan serta melihat projek jangka panjang pasukan.
“Sejak awal tahun ini, Yamaha sudah berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka dengan perubahan drastik dan agresif. Keyakinan saya semakin memuncak dan harap kita dapat kembali merasai nikmat kemenangan tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, pengarah urusan Yamaha, Lin Jarvis mengakui sangat teruja apabila dapat mengekalkan khidmat Quartararo kerana pengurusan tertinggi sangat senang bekerjasama dengannya sejak musim 2019 lagi.
“Bakat yang ada pada Quartararo cukup hebat dan dia juga baru berusia 25 tahun. Kami percaya dia masih lagi memiliki ruang dan masa untuk terus mencabar kejuaraan dunia sekali gus berada di kemuncak karier sekali lagi,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kal-bersama-yamaha/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|