CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18174|Reply: 51

[Tempatan] Lemang Periuk Kera...anda nak cuba?

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-4-2024 12:19 AM

BELUM cuba belum tahu tetapi apabila sudah merasa, pastinya hati akan terus terpaut untuk menikmatinya lagi. Itulah keistimewaan Lemang Periuk Kera.



Langkah berani peniaga Lemang Ketupat yang terletak di tepi Shell Seriab, Jalan Kangar-Alor Setar, Hasnifazlina Hassan atau lebih dikenali sebagai Hasni, 39, yang memperkenalkan lemang periuk kera sejak empat tahun lalu tidak sia-sia

Beliau yang dikenali sebagai peniaga lemang, ketupat palas berskala besar di negeri ini dengan pelbagai jenis rendang dan serunding ini yakin dengan produk yang “rare” ini akhirnya menjadi minat orang Perlis.

Semasa Suara Merdeka membuat liputan di tempat jualan ini juga mendapati lemang periuk kera memang laris.

Ternyata sejak di bulan puasa lagi, lemang periuk kera sudah menjadi pilihan untuk dimakan pada waktu berbuka.

Sebagai peniaga yang juga terkesan dengan kenaikan harga barang maka pada tahun ini setiap pek lemang periuk kera yang seberat setengah kilogram dijual RM16 iaitu naik RM1 berbanding tahun sebelum ini.

Pada tahun ini Hasni menjangkakan beliau akan menghasilkan lemang periuk kera dari 300 kilogram pulut.

“Saya mengggunakan beras pulut Gred A kerana jika tidak lemang periuk kera tidak menjadi dengan elok,” katanya yang saban tahun menjalankan operasi perniagaan menjual lemang dan ketupat dari bermula sebelum hari raya Aidilfitri sehinggalah ke sambutan Aidiladha.

Katanya, setiap tahun bekalan periuk kera sudah siap ditempah dari Orang Asli di Rompin.

Bagaimanapun katanya, di awal pembabitan beliau akui terpaksa masuk perkampungan di Rompin hanya mencari orang yang boleh membekalkan periuk kera untuk dibuat lemang.

Pada kali ini, satu demontrasi membuat lemang ini dilakukan oleh rakannya Nazatul Azreen Othman, 42 di mana perlu membuang dahulu bahagian berbulu manakala pada bahagian atas dipotong sama.

Kemudian berus gigi akan digunakan untuk membersihkan bahagian dalam periuk kera ini.

Periuk kera yang bersih ini akan diisi dengan 3/4 bahagian pulut mentah di mana 1/4 bahagian selebihnya akan dimasukkan santan.

Lemang ini akan dikukus selama 15 minit dan sudah boleh dinikmati.

Sememangnya lemang pulut kera ada keistimewaannya yang tersendiri apabila mempunyai rasa lemak manis dan bertambah enak lagi apabila dicicah dengan rendang daging. – SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kotor lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau adik angkat aku yg Indon tu mesti dikutuknye sambil mencebik dan dijeling nye
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau adik angkat aku yg Indon tu mesti dikutuknye sambil mencebik dan dijeling nye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la sedap. Jadi toilet tupai2 dan binatang lain mati dalam tu. Najis tu sedap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2024 01:35 AM | Show all posts
MissVixen replied at 7-4-2024 01:23 AM
Mesti la sedap. Jadi toilet tupai2 dan binatang lain mati dalam tu. Najis tu sedap.

Yummehhhh









Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 7-4-2024 01:35 AM
Yummehhhh

Berlemak, kaya dengan protein. Sama la macam kopi luwak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 01:36 AM | Show all posts


Kesian spesis periok kera semakin diancam kepupusan


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:38 AM | Show all posts
MissVixen replied at 7-4-2024 01:36 AM
Berlemak, kaya dengan protein. Sama la macam kopi luwak

Rahsia keenakan lemang periok kera yang katanyeh lebeh sedap daripada lemang buloh biasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tehtap suka lemang bunuh..
Hasrat nak.buat rendang Daging esok
Kalau sempat lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-4-2024 11:22 AM
Iols tehtap suka lemang bunuh..
Hasrat nak.buat rendang Daging esok
Kalau sempat lah

Lemang bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kera..terpaksa masak tanpa periuk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:42 PM | Show all posts
ni berita recyle ke baru?
tahun lepas pun keluar pasal lemak periuk kera
time musim raya
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumbuhan tuh dah hmpir nak.pupus ko pi buat lemang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:24 PM | Show all posts
tak nak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la yg ngada2 mulakn guna periuk kera nih! JGN mgada kata lemang klu ko kukus je..baik bg nama pulut periuk kera..lemang kena bakar dlm buluh..klu buluh tu rebus pon consider lemang sbb berbuluh n berdaun pisang!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah penah mkn dulu2 masa duk pekan.,
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pun takde selera
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 03:02 PM | Show all posts
Aku memang tak suka lemang

Having said that betul ka lemang periuk kera ni lebih sedap. Why? or is it just hype sahaja.

Btw aku juga tak percaya tumbuhan ni tempak berak tupai dan kelawar. Mohong ja lah like binatang tu pandai cari toilet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.832912 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list