CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5370|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang optimis capai sifar miskin tegar menjelang Jun

[Copy link]
Post time 6-4-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Chow Kon Yeow.

Bayan Lepas: Kerajaan Pulau Pinang optimis dapat mencapai sasaran sifar kemiskinan tegar membabitkan lebih 100 ketua isi rumah (KIR) pada Jun ini seperti dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri di bawah Agenda Ekonomi Saksama (AES) serta pelaksanaan program sedia ada dari semasa ke semasa bagi mengeluarkan golongan sasar supaya mereka tidak lagi berada di bawah garis kemiskinan.

"Saya ada menunjukkan statistik KIR yang berada di bawah garis kemiskinan dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Azman Ibrahim yang dahulunya Pengarah Pembangunan Pulau Pinang memberi angka bahawa tinggal 100 lebih lagi keluarga yang berada dalam kategori itu.

"Perdana Menteri apabila tahu ia cuma membabitkan satu bilangan kecil mengarahkan supaya golongan kecil yang masih dikategorikan sebagai miskin tegar ini dapat dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Fiesta Kucing Antarabangsa Penang 2024 di sini, hari ini.


Kon Yeow berkata Perdana Menteri ketika menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Pinang turut dimaklumkan mengenai harapan kerajaan negeri terhadap Projek Air Perak - Pulau Pinang dan projek lebuh raya bertingkat Juru - Sungai Dua dapat dilaksanakan dengan bantuan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan menghargai sumbangan Pulau Pinang dalam menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam bidang ekonomi dan industri yang merekodkan pencapaian memberangsangkan.

Justeru Kon Yeow berharap dua projek yang masih dalam fasa perbincangan berkenaan kini berada dalam perhatian Kerajaan Pusat dan menjadi fokus keutamaan kerajaan negeri dapat direalisasikan serta membuahkan hasil seperti diharapkan.

"Bagi pelaksanaan projek sedemikian walaupun kalau tidak melalui peruntukan Kerajaan Pusat, kita boleh melihat pelaksanaan secara PFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta) atau penswastaan dan kedua-dua projek ini giat dibincangkan.

"Bagi Pulau Pinang kita amat bersyukur ia sudah masuk dalam peringkat perbincangan termasuk pada peringkat kementerian dan kita harap akan ada keputusan termasuk bagi projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua kami terbuka untuk reka bentuk yang sesuai yang juga masih dalam perbincangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tegar-menjelang-jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047023 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list