CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5439|Reply: 2

[Tempatan] KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan

[Copy link]
Post time 6-4-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan

https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-keluar-kenderaan

Oleh
SAIFULLAH AHMAD
06 April 2024 12:47pm


Kor Ming (dua dari kanan) bersama penerima sumbangan ketika Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

IPOH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengarahkan semua penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan terus kompaun kepada mana-mana individu yang membuang sampah di tepi jalan sempena musim perayaan.

Menterinya, Nga Kor Ming menyifatkan perbuatan membuang sampah merata-rata itu sebagai perbuatan tidak bertamadun yang menyusahkan semua orang.

Jelas beliau, sampah sepatutnya dibuang di tempat yang betul iaitu di dalam tong sampah bukan di tepi jalan.

"Saya berasa amat kesal sekali dengan sikap segelintir manusia sanggup lagi buang sampah merata tempat termasuk di sepanjang jalan tanpa belas kasihan kepada pekerja kita yang penat lelah untuk mengutip sampah. Oleh kerana itu saya dah arahkan kepada PBT untuk keluarkan kompaun, pastikan dia (pelaku) bayar.

"Ini bukan lagi zaman batu, ini adalah abad ke-21, kita semua pergi sekolah, kita semua ada pendidikan sivik, maka tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan awam bukan sahaja kita serah kepada pekerja-pekerja PBT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang di sebuah pusat beli-belah, di sini pada Sabtu.

Kor Ming berkata, semua pihak mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran dan bukan individu tertentu.

Jelasnya, orang ramai digesa menyambut hari raya dengan penuh adab dan sopan serta perasaan bertanggungjawab.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil oleh PBT terhadap mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata terutama di tepi jalan.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya menyimpan sementara sampah di dalam kenderaan sebelum membuang di tempat yang sepatutnya.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil oleh PBT terhadap mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata terutama di tepi jalan.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya menyimpan sementara sampah di dalam kenderaan sebelum membuang di tempat yang sepatutnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak je PBT sepanjang LPT-LTU-Karak tu..saman dan sita terus kenderaan diaorg..

Sb org belah2 sana mmg jenis pengotor pon walaupun duduk KL/Lembah Klang bertahun2 siap anak cucu nama mcm org putih...tapi mentaliti pengotor hauk..

Jarang laa jumpa sampah sepanjang hiway area PLUS mahupun jalan persekutuan FT No.1 dari Selangor smpai Perlis..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 09:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 1.044764 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list