CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5090|Reply: 0

[Kedah] Ubi kayu 'jalan keluar' kepada isu beras - Johari

[Copy link]
Post time 6-4-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Ubi kayu 'jalan keluar' kepada isu beras - Johari


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



FOTO HIASAN.




Sungai Petani: Rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat sebaliknya ia boleh diganti dengan sumber lain seperti ubi kayu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Seri Johari Abdul, berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.

"Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan...tujuan untuk dapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

"Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan) , sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah.

"Saya ada bincang, kalau kita dapat perkenalkan makanan supplement menggantikan beras..buatlah ubi kayu macam mana pun, sudah tentu, di Sarawak saya difahamkan amat berjaya," katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Mengulas lanjut, Johari berkata langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini.

Ini kerana katanya, rakyat di negara ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.

"Jadi saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuka pintu untuk rakyat mengusahakan tanah terbiar, menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

"Apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun, kita harus ada keberanian untuk mencuba, kadang-kadang kebergantungan kita kepada makanan dari luar negara ini amat hebat, kira-kira setahun lalu kita import dalam bajet hampir RM60 bilion...ini satu jumlah yang besar..tetapi baru-baru ini di Perak, terbukti kita boleh tanam bawang," katanya.

Sebelum ini media melaporkan BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.



Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:48pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050115 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list