CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8838|Reply: 84

[Tempatan] Ubi kayu 'jalan keluar' kepada isu beras, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul,

  [Copy link]
Post time 6-4-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Ubi kayu 'jalan keluar' kepada isu beras - Johari

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... da-isu-beras-johari

Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:48pm


FOTO HIASAN.

Sungai Petani: Rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat sebaliknya ia boleh diganti dengan sumber lain seperti ubi kayu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Seri Johari Abdul, berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.

"Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan...tujuan untuk dapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

"Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan) , sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah.

"Saya ada bincang, kalau kita dapat perkenalkan makanan supplement menggantikan beras..buatlah ubi kayu macam mana pun, sudah tentu, di Sarawak saya difahamkan amat berjaya," katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Mengulas lanjut, Johari berkata langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini.

Ini kerana katanya, rakyat di negara ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.

"Jadi saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuka pintu untuk rakyat mengusahakan tanah terbiar, menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

"Apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun, kita harus ada keberanian untuk mencuba, kadang-kadang kebergantungan kita kepada makanan dari luar negara ini amat hebat, kira-kira setahun lalu kita import dalam bajet hampir RM60 bilion...ini satu jumlah yang besar..tetapi baru-baru ini di Perak, terbukti kita boleh tanam bawang," katanya.

Sebelum ini media melaporkan BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembali ke zaman pendudukan Jepun....hahahahhahaha...

Kalau ubi kayu pon disuruh makan time aman damai ni...agaknya bila WW3 berlaku..YDP Dewan Rakyat ni nk suruh kita makan apa pulak.. Rumput..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari lah solusi yg lebih baik. All out kat bidang pertanian perkasa kan tanam padi, bawang makanan ruji lain tuh. Boleh kawal rege makanan asas. Nih soh makan ubi semata2. Ubi pung mahallllll dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahha... melampau.. ko ingat ni zaman perang ke bg suggestion lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubi kayu dahla mahal..payah pula nk dpt..dahla cikB ( bkn nm sbnr dan bkn juga ank vida scammer kehkehkeh) suka sondol mcm para penyondol klu tanam sendiri..baikla srh mkn angin je.. free pun ye..perut kembung tp berat badan xnaik...sbb xde mknan dlm perut.... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pelawok pelawok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 01:54 PM | Show all posts
Semakin hari semakin bodoh ye diorg ni.. ini solution terbaik ko bole suggest?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 6-4-2024 01:57 PM

Merapu. Kat kampung tu maybe senang lagi dapat ubi kayu. Apa ingat ubi kayu murah ke kalau beli kat supermatket/pasar. Dah la kualiti tak sama dengan beli direct dengan pekebun² kecil kat kampung.

Tak nak masuk ubi keledek sekali ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 02:14 PM | Show all posts
suruh dia dulu makan, kasi turun bmi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 6-4-2024 02:16 PM

Malaysia pandai process tepung ubi ke...kena mass production tepung ubi baru boleh cakap....kalau ubi mentah tu tak tahan lama simpan...tepung ubi okey la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi, ubi kayu mahal. murah lagi beras. siap satu packet 10kg boleh masak untuk 1 bulan atau beberapa minggu. kalau 10kg ubi kayu, dapatlah seminggu. dah lah sesetengah orang bila makan ubi kayu, badan jadi berangin/sakit2 sendi
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2lh korang ni. Emak aku, mesti gak makan  nasi. Makanlah carbo lain, mee ke, kuih ke, mesti gak pekena nasi. Klu tak nnti gastriklh, perut berangin lh. Kesian kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:27 PM | Show all posts
Mungkin sudah sampai masa untuk menanam potato di Cameron highlands, Fraser hill dan bukit tinggi!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahabau kau lahhh.... Menteri camni patut kena buang dari negara. Kau dah sakau padi pastu  suruh org tukar diet makan ubi. Kau ingat ni zaman Jepun menjajah ke setan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takmo mkn ubi nnt badan berangin. Kalau angin keluar pot pot ok la.  Biasanya dia bersarang lama dlm badan sakit merata jdnya. Tak sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 02:54 PM | Show all posts
tau tak harga ubi kayu berapa sekilo???....jgn main sedap mulut je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh berlawan kentot kat ofis ke mkn ubi kayu? Sesekali mkn ok lg.mklu nk ganti nasi..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ankel ni pernah pi pasar beli barang ke dak?
Ubi mahai la.. baik mkn nasi.. dan mkn ubi ka kentang ka, sumer tu tak mengenyangkan berbanding mkn nasi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:05 PM | Show all posts
ubi kayu ni berapa lama boleh tahan kalau dah dicabut tu? bukan seminggu mcm tu boleh rosak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le aku dh kobar, jgn buat perumahan harga mampu tgk, org luar pulak yg beli. Tanah tu lg berharga buat pertanian. Angin je nengok bekas ladang kelapa sawit jd perumahan sini, dh la area tu satu jalan je. Harga mmg mampu tgk, last2 meroyan x terjual pastu suh bukak kuota foreigner pulak yg beli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.266057 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list