View: 6069|Reply: 0
|
Quartararo lanjut kontrak sehingga 2026
[Copy link]
|
|
QUARTARARO masih mendapat kepercayaan Yamaha.
Tokyo: Fabio Quartararo kekal bersama Yamaha sehingga 2026 selepas bekas juara MotoGP itu menandatangani kontrak lanjutan dua tahun, menurut kenyataan pasukan semalam.
Quartararo dari Perancis meraih gelaran MotoGP bersama Yamaha pada 2021 selepas menggantikan Valentino Rossi tetapi pelumba berusia 24 tahun itu mengalami penurunan prestasi ketika Ducati mendominasi kelas perdana dengan motosikal lebih mantap.
Pada 2022, Quartararo gagal mempertahankan kelebihan 91 mata sehingga terlepas gelaran kepada pelumba Ducati Francesco Bagnaia. Tahun lalu pelumba Yamaha itu hanya menaiki podium tiga kali dan menduduki tangga ke-10 dalam carta kejuaraan.
Terdapat spekulasi Quartararo mahu bertukar pasukan sebaik kontraknya tamat hujung musim ini selepas tidak berpuas hati dengan motosikalnya tetapi kini dia melanjutkan kontrak bersama Yamaha.
"Saya sangat gembira dapat meneruskan karier saya di sini," kata Quartararo. "Yamaha membuktikan kepada saya mereka mempunyai pendekatan baharu dan cara berfikir lebih agresif. Keyakinan saya juga tinggi dan kami akan kembali bangkit."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntrak-sehingga-2026 |
|
|
|
|
|
|
| |
|