CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7196|Reply: 30

[Tempatan] Duit raya ada riba? #11, 'Jangan biar duit raya jadi duit haram'

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-4-2024 05:03 AM

Duit raya ada riba?

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... /duit-raya-ada-riba

Muhammad Saufi Hassan dan Siti Norhidayah Mohd Yunus
saufi@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:01pm



Kuala Lumpur: Waspada! Orang ramai yang berlumba-lumba mencari 'saluran' menukar wang kertas untuk dijadikan duit raya mungkin terjerumus kepada aktiviti riba.

Walaupun menukar not kertas duit raya dianggap perkara biasa namun dalam situasi tertentu ia boleh menyebabkan terjadinya unsur riba tanpa disedari.

Ketua Pegawai Eksekutif Lariba Consulting, Abd Aziz Mohd Nor atau dikenali sebagai Ustaz Lariba berkata, aktiviti menukar duit raya bermaksud memberi RM500 duit terpakai kepada seseorang dan menerima duit baharu RM500 dalam denominasi tertentu seperti RM5, RM10, atau RM20 yang tertakluk kepada hukum hakam al-sarf.

"Penukaran duit raya itu wajib menepati dua syarat yang ditetapkan iaitu penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi atau majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku Riba al-Nasi'ah.

"Selain itu, pertukaran hendaklah pada kadar sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku Riba al-Fadl.

"Maka apabila penukaran duit raya yang menyebabkan berlakunya riba al-Nasi'ah atau Riba al-Fadl, aktiviti terbabit hukumnya haram," katanya dalam satu posting di Facebook miliknya.

Menurutnya, terdapat beberapa senario yang boleh menyebabkan hukum menukar duit raya berubah kepada riba.

"Situasi pertama membabitkan individu A mahu menukar duit raya berjumlah RM1,000 daripada B, berikutan B terkenal mempunyai banyak duit not baharu.

"Individu A menyerahkan duit terpakai kepada B pada hari ini, namun B serahkan duit baharu kepada A pada keesokan harinya.

"Hukum bagi senario itu adalah haram kerana berlaku riba nasa' berikutan ia membabitkan penangguhan," katanya.

Menurutnya, bagi situasi kedua, individu A mahu menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada B kerana B terkenal mempunyai banyak duit not baharu. Individu B bersetuju dan mengenakan caj RM10 ke atas A.

"Lalu individu A membayar RM1,010 duit terpakai dan B menyerahkan RM1,000 duit baharu kepada A.

"Bagi situasi ini, hukumnya haram kerana berlaku Riba al-Fadl berikutan pertukaran dengan jumlah yang tidak sama," katanya.

Bagi situasi ketiga, Maslan ingin menukar duit raya sejumlah RM1,000 daripada Bank XYZ melalui rakannya, Awang yang bekerja di bank berkenaan.

"Maslan menyerahkan duit RM1,000 kepada Awang pada waktu pagi sebelum Awang memulakan tugas.

"Di Bank XYZ, Awang menukarkan duit Maslan di kaunter dan pada sebelah petang, Awang menyerahkan duit itu kepada Maslan.

"Untuk situasi ini, hukumnya harus dan tidak membabitkan riba berikutan pertukaran duit raya oleh Awang di Bank XYZ berlaku secara tunai atau 'on the spot'.

"Ini kerana ketika Maslan menyerahkan duit kepada Awang, ia bukan atas kapasitinya sebagai pegawai bank, dan tukaran duit raya di bank hanya berlaku di kaunter.

"Jadi ketika Maslan menyerahkan duit kepada Awang, ia adalah akad wakalah (akad wakil)," katanya.

Ustaz Lariba berkata, orang ramai yang mahu menukar duit raya harus berhati-hati dan supaya menjauhi dosa besar riba kerana ia ibarat berperang dengan Allah SWT dan Rasul.

Pix 1: Ketua Pegawai Eksekutif Lariba Consulting, Abd Aziz Mohd Nor akui wujud riba nasa' atau riba al-Fadl dapat proses menukar not wang raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk halaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda gini pula kau sebokkannnnn 30 tahun lepas wujud ke ponnnnn ajaran ni choiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cakap pasal ribaaaaa

Mana ja bank takda ribaaaa jilakaaaaaakkkkk

Btw pi la carik mesin atm tu nak elak riba sangat. Tempat akak takda. Kah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:35 PM | Show all posts
lariba lariba yandre yandre

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 6-4-2024 12:35 PM
lariba lariba yandre yandre

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Perpuluh tahun tumpang despatch comoany tukar duit kat bank petang baru dpt duit baru.. A few times minta tolong staff wife dia kerja bank tukarkan esok lusa baru dpt.. Kenkadnag tumpang adik alang2 dia pun nak tukar.. Aduhai selama ni lariba lariba jugak ke.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:51 PM | Show all posts
adoiiiiii....awat jadi mcm ni...mana ada bank tak beriba....bank isele tu pun sama jah....tapi boh nama lain jah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 6-4-2024 12:43 PM
Perpuluh tahun tumpang despatch comoany tukar duit kat bank petang baru dpt duit baru.. A few times  ...

Kalau ikutkan stetment tersebut mmg lariba2 lah..agak2 mati nanti masuk melaka tak..udah berpuluh tahun dok buat mcm nie jugak..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm10 tu service chargela
Org tu guna tenaga gi bank bawak moto nak pickup and deliver
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2024 01:02 PM | Show all posts
'Jangan biar duit raya jadi duit haram'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aya-jadi-duit-haram

Muhammad Saufi Hassan dan Siti Norhidayah Mohd Yunus
saufi@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:10pm



Kuala Lumpur: Niat untuk berkongsi rezeki sempena Aidilfitri, namun wang tukaran duit raya terpalit dengan dosa riba.

Memberikan 'duit raya' dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu yang dianggap tradisi bagaimanapun dibimbangi tidak memenuhi syarak dan terpalit dengan dosa riba.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr Muhammad Yusry Affandy Md Isa al-Hafiz berkata, pertukaran duit raya boleh terjebak dengan riba jika kriteria syarak tidak dipenuhi.

"Riba mencalarkan kejernihan duit raya apabila berlakunya pertukaran wang dalam tempoh yang berlainan, wang yang tidak senilai, caj pertukaran dan akad pertukaran yang tidak mengikut syariat. Ketika itu urusan wang 'duit raya' menjadi urusan yang haram.

"Bagi mengelak urusan pertukaran wang yang tidak syarie, pertukaran wang perlu menepati dua syarat.

"Pertamanya, pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Contohnya wang kertas RM100 akan ditukar kepada RM100 meskipun dalam bentuk helaian 10 keping wang RM10.

"Seandainya ada lebihan oleh pihak yang menawarkan atau menerima dengan sengaja maka berlakulah Riba al-Fadl," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muhammad Yusry Affandy berkata, bagi situasi kedua, Riba al-Nasi'ah pula berlaku membabitkan isu penangguhan masa sehingga wang ditukar pada tempoh yang lain.

Beliau berkata, riba sedemikian diharamkan kerana sebahagian pihak berpotensi berada dalam keadaan 'rugi' dan duit berada dalam risiko tertentu.

"Paling utama, syarak menghendaki wang atau pertukaran barang yang senilai diperolehi dalam masa yang sama.

"Contoh situasi adalah Ahmad ingin menukar wang sebanyak RM300 dengan Ali dan Ali berjanji akan memberikan 'wang kecil' dalam jumlah sama.

"Namun, Ali menyatakan wang itu tiada padanya dan akan diberikan di kemudian hari. Selepas seminggu, Ali pun menyerahkan wang RM300 dalam bentuk 'wang kecil'. Ketika itu, pertukaran duit raya sudah terpalit dengan Riba al-Nasi'ah," katanya.

Menurutnya, ucapan pertukaran dan penerimaan perlu jelas daripada unsur mahukan keuntungan atau pulangan lain yang tidak syarie seperti meminta upah pertukaran atau caj perkhidmatan.

"Untuk mengetahui urusan pertukaran duit raya yang diharuskan dilakukan adalah Ina mahu menukar duit raya sebanyak RM500 daripada bank X dan Ina bersahabat dengan Murni yang bertugas bank berkenaan.

"Sebagai rakan, Murni boleh membantu menukar wang sebagaimana prosedur lazim, Murni menerima wang Ina pada malam Ahad iaitu selepas dia bertugas. Pada sesi tengah hari barulah Ina bergerak untuk menukarkan wang di kaunter khas di bank.

"Dalam situasi ini, riba tidak berlaku kerana Murni tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan pahala dalam membantu rakan. Biarpun Murni menerima wang pada tempoh lain, riba tidak berlaku kerana ia melakukan urusan dan selesai pada masa yang sama," katanya.

Muhammad Yusry Affandy berkata, kebanyakan orang menyangka riba hanya berlaku dalam urusan pinjaman wang namun ia boleh berlaku dalam urusan pertukaran wang.

Beliau berkata, awasilah pemberian daripada terencat dengan keinginan pujian, sifat boros dan apatahlah lagi sumber wang dan urusan wang yang haram.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
benda tkde isu pun

tukar buruk dapat baru sama amount

tak hengen i nak tukar amount makin sikit

Now dah tak pakai duit betul. pakai qr/ duitnow je

Malas nak pk riba ke tak.

i ada pengalaman buruk pasal org yg obses ngan ribak ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:37 PM | Show all posts
Lahhh, kalau orang tu bagi lebih as extra upah beratur kat bank, kira riba gak ke? Pastu kalau transfer hari ni, besok baru amek duit, kira riba gak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Den ni bknla berilmu mn..dan betulla apa yg diberitahukan...tp rsnya tgkla juga situasi..bkn semua rsnya smp jatuh hukum riba..ni pendpt seposen den la..

Lg satu, kalau ada persetujuan dr kedua2 belah  pihak..rsnya xdela smp beriba..cth 1 yg diberi...betulla akn jatuh riba kalau xdpt on de spot...tp kalau 1 pihak dh bg penerangan dan ada sbb jelas, cth die xdpt bg on de spot sbb sekian2 dan mmg die xdpt buat walau dah cuba cr jln...dan pihak satu lg, ok blh terima alasan yg diberi..bermakna 2 2 pihak setuju utk delay ats sbb tertentu...xkanla kejam.sgt smp nak kata ko dah mkn duit riba... agak2 la...

Cth 2, yg lebih tu..betulla blh jatuh riba juga ..tp mcm ada forummer tulis..mgkin satu pihak kesian rs serba slh mintak tlg tukar, maka die berihsan bgla saguhati utk duit minyak ke, or duit mkn2 ke...dah klu org tu sepenuh ati rs nk bg..den rs, xdela smp jatuh hukum riba...lainla satu pihak memaksa..dan satu pihak terpaksa..maka lainlah hukumnya pula...tp la kan acer ngoknyer kalau semata nk tukar duit raya, smp ko keluarkan lebih..itu mcm budus jer... kehkehkeh

Tu pendpt seposen denla..bkn termaktub dgn mn2 dalil ke hujah je apa ye..so jgnla dikondem den dibulan ramadhan pre Raya ni...den pun byk tulis rasa2 sbb tu kan ikut rasa ati mati den yg suka rasa rasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar edit teruks sampai jadi bunian budak tu nampak tangan je pegang duit..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 07:59 PM | Show all posts
aku ada amik servis tukar duit raya setiap dengan runner di shah alam.
dia caj rm40, caj runner.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
fazamania replied at 6-4-2024 07:59 PM
aku ada amik servis tukar duit raya setiap dengan runner di shah alam.
dia caj rm40, caj runner.


oooo agak mahal ye.
kat area iols ambil rm15.

iols baca 3 para kata atas je, pnjg beno karangan.
halahhh mcm2 isu thn ni ye?? riba ploppp
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape bendenya smua bende da x blh skang ni... Mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:30 PM | Show all posts
kang org kata apsal islam ni rumit
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada2 lah, takkan gitu pun kira riba'. Tak caya iols, so kena masuk melaka?

Anyway iols rasa dah belasan tahun tak de tukar duit raya kat bank. Apa salahnya bagi duit lama? Kenapa mesti bagi duit baru? Simpan saja duit kecik RM5 dan RM1 siap2, bukannya susah sgt. Pastu utk duit raya RM50 je lah cucuk ATM macam biasa. Untunh2 kadang2 dapat juga RM10, RM20. Kalau takde gak, beli barang kat kedai tak payah pakai QR code. Iols sendiri memang jenis lebih byk pakai cashless, tapi sebulan ni kena jugalah buat bayaran cash nak dpt duit kecik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074346 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list