CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 0

[Kedah] Sangat rindu nak peluk anak...

[Copy link]
Post time 4-4-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

DET bersyukur dibebaskan dalam  Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Penjara Pokok Sena. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: "Saya rindu anak-anak dan mahu peluk mereka kerana tidak pernah bertemu sejak 16 tahun lalu kecuali hanya menatap gambar mereka sepanjang di penjara," kata banduan yang mahu dikenali sebagai Det, 42.

Dia adalah antara 102 banduan yang terbabit dalam Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Penjara Pokok Sena, di sini, hari ini.

Dalam program itu, seramai 52 banduan diserahkan kepada keluarga manakala baki 50 orang lagi diserahkan pada tujuh majikan.

Majlis Penyerahan Lesen Pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) itu dilakukan Pengarah Penjara Kedah, Zainah Pardi dan turut disertai Pengarah Penjara Pokok Sena, Nor Haizan Md Isa.


Menurut Det, dia pernah dipenjarakan tiga kali iaitu pada 2005, 2017 dan 2022 sebelum dibebaskan hari ini atas kesalahan mengedar dadah.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai pendawai elektrik, tetapi terjebak dengan dadah disebabkan pengaruh rakan.

"Walaupun dibebaskan hari ini, namun saya belum bersedia untuk bertemu dengan ibu bapa di kampung kerana mahu betul-betul berubah selain mencari kerja terlebih dahulu.

"Saya akan tinggal di rumah perantara terlebih dahulu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mencari pekerjaan yang sesuai sebelum bertemu dengan ibu bapa," katanya.

Katanya, dia berpisah dengan bekas isteri pada 2012 ketika masih dalam penjara dan kini anak-anak pun masing-masing berusia 16 tahun dan 20 tahun.

"Saya cuba hubungi bekas isteri dan anak-anak sebelum ini, tetapi mereka tidak mahu bercakap mungkin kecewa dengan saya," katanya.

Dalam pada itu, banduan wanita yang dikenali sebagai Anis, 26, berkata walaupun baru setahun berada di penjara, dia kini insaf dengan kesilapan dirinya.

Menurutnya, dia dipenjara atas kesalahan mengedar dadah tahun lalu dan mendakwa terjebak dengan aktiviti itu kerana terikut jejak arwah suaminya yang juga pengedar dadah.

"Saya kena tangkap dengan polis sebanyak enam kali kerana melakukan aktiviti sama tetapi belum pernah menyambut hari raya dalam penjara.

"Peluang dibebaskan amat memberi makna apabila hanya menjalani hukuman selama lapan bulan walaupun sepatutnya menjalani hukuman penjara selama 12 bulan," katanya.

Katanya, dia akan menjaga ibunya dengan baik kerana terkilan tidak sempat menziarahi jenazah bapanya yang meninggal dunia pada Disember lalu kerana berada dalam penjara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... indu-nak-peluk-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049296 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list