CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2331|Reply: 0

[Johor] Lelaki samun tiga rumah dipenjara 20 bulan, mengaku miliki cincin dan subang emas

[Copy link]
Post time 4-4-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Hassanuddin dipenjara lapan bulan selepas mengaku memiliki harta curi. - Foto Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Lelaki yang didakwa memecah tiga rumah dalam tempoh sehari hingga aksinya tular di media sosial, di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, dipenjara 20 bulan.

Tertuduh, Muhammad Hassanuddin Efendi, 21, yang tiada pekerjaan tetap, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memiliki harta curi bdua bentuk cincin dan juga sepasang subang kepunyaan wanita berusia 59 tahun serta selain seutas jam tangan jenama Balmer, milik lelaki berusia 23 tahun.

Kedua-dua kejadian itu di perkarangan Surau India Muslim dan Surau India Muslim Selatan, Jalan Fatimah, di sini, jam 3.30 petang, 20 Mac lalu.


Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga pula, beliau didakwa memecah masuk sebuah lagi rumah dan juga kenderaan sebelum melarikan telefon bimbit milik lelaki berusia 54 tahun, di Taman Sri Kenangan, di sini, jam 2.45 pagi, hari sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa pertama yang juga seorang wanita mendapati keadaan keretanya berselerak sebelum mengesan barang kemas berupa cincin dan subang hilang dan kemudiannya tertuduh memecah masuk rumah berikutnya lalu melarikan jam tangan dan kejadian terakhir, telefon bimbit.

Bagaimanapun, aksi tertuduh memanjat pagar rumah semua mangsa terbabit dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis berjaya menahannya untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam bulan untuk pertuduhan pertama dan kedua, manakala pertuduhan ketiga, lapan bulan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan semua hukuman penjara terbabit berjalan serentak bermula tarikh ditahan pada 20 Mac lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... u-miliki-cincin-dan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062306 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list